Rentap Bahagian Ketiga: Petempuran Beting Maru


Rentap Bahagian Ketiga: Pertempuran di Beting Maru

Walaupun kebanyakan cerita lebih menonjolkan Lingir Mali Lebu dari Paku sebagai pemimpin utama dalam Pertempuran di Beting Maru ini, namun kebanyakan penulis yang lain turut meletakkan Rentap sebagai antara pemimpin Iban Skrang yang penting bersama-sama dengan Aji apai Limpa dan Abang Apong ketua Melayu Saribas.  Dalam tahun 1849 Iban Saribas-Skrang dengan beratus-ratus buah perahu telah menyerang  Igan, Matu dan Paloh di Nanga Rajang. Dalam perjalanan kembali dari Igan, Matu dan Paloh, mereka dengan tergesa-gesa hendak menyerang Sarikei, tetapi gagal kerana orang-orang  di Sarikei telah pun bersedia.

Setelah gagal menyerang orang Iban Saribas-Skrang lalu berpatah balik dan hendak terus menyerang  Duri, di Batang Sadong yang dahulunya pernah diserang oleh orang Iban dan Melayu Saribas-Skrang di bawah pimpinan OKP Dana Bayang dan juga Datuk Patinggi Udin dari Rantau Anak (Entanak) di Betong.

Namun demikian, pada waktu dinihari ketika mereka melintas Nanga Kalaka (Kuala Sungai Krian), berdekatan dengan Beting Maru tiba-tiba perahu-perahu mereka telah ditembak oleh sekunyir (kapal wap atau steamer) angkatan Sarawak yang sememangnya sedang menunggu mereka di situ. Pada masa itu  James Brooke sendiri sudah bersedia dengan perahu Singa Raja, bersama dengan Charles Brooke yang menuggu dengan perahu Raja Wali dengan kekuatan kira-kira 40 buah perahu orang dari Banting pimpinan OK Janting.  Selain itu, turut menunggu Nanga Kalaka itu juga orang Lundu, Sadong sereta Melayu Kuching.  Sementara itu Kapten Farquhar sendiri bersiap sedia mengunggu dengan kapal Nemesis.  Tidak cukup dengan itu, kapal Albatros dan Ranee, beserta buah perahu tentera laut British bersama-sama dengan 40 buah perahu orang-orang Lundu di bawah pimpinan OK temenggong Jugah menunggu di Nanga Saribas, untuk menghalang pahlawan-pahlawan Iban menuju ke Batang Saribas.

Orang-orang Iban termasuk Rentap tanpa rasa takut melanggar sebuah kapal perang  yang nenyekat laluan ke Nanga Saribas.  Pada mulanya kapal perang Raja Sarawak itu hanya menunggu sahaja, tetapi apabila melihat Rentap dan orang-orang semakin hampr, angkatan James Brooke pun mengasak mereka dengan kemudi enjin kapal perang. Enjin yang dipangggil orang tua-tua dahulu sebagai injin tau belanda (injin yang boleh berlari). Maka banyaklah perahu orang-orang Iban Saribas dan Skrang yang terbalik dan beratus-ratus (lebih kurang 300 orang tekorban daripada 3700 orang pengayau menurut pihak Brooke) yang terbunuh, sama ada mati lemas dan kebuluran dalam perjalanan kembali ke kampung halaman masing-masing.  Antara perahu yang berjaya masuk Batang Lupar ialah orang-orang  Apai Dendang yang mungkin termasuk Rentap.

Ramai juga para pengikut Rentap yang mati akibat terkena asakan kemudi kapal serta terkena peluru senapang dan meriam dari kapal perang James Brooke. Dalam pertempuran ini hanya Numan dari Paku bujang berani dari Kalaka-Saribas yang gugur, manakala Linggir, Abang Apong dan Aji terselamat kerana sempat melarikan diri dengan berkayuh memasuki Batang Saribas. Namun demikian, Rentap dan pahlawan Skrang amat menderita dalam pertempuran di Beting Maru itu yang berlaku kira-kira lima jam. Kebanyakan pahlawan Skrang banyak gugur di tangan pihak Brooke dan juga mati kerana terpaksa berjalan jauh balik ke tempat mereka du Ulu Skrang.

Tiga hari selepas berlakunya pertempuran di Beting Maru itu itu angkatan Raja pun bertempur sekali lagi dengan Linggir Mali Lebu di Nanga Peka, Paku, Saribas. Aji dan orang-orangnya kembali ke Padeh, manakala Rentap dan orang-orangnya mendirikan kubu mereka di Tabat di banjaran Sadok di persempadanan Ulu Saribas dan Ulu Skrang. Dari situ mereka mengawal Sungai Lang dan sering melancarkan kayau (serangan) terhadap orang Melayu dan Iban di hilir Batang Lupar dan Batang Saribas yang kininya telah menjadi musuh Rentap kerana mereka telah tunduk kepadakerajaan Brooke.

Kematian  Allan Lee di Nanga Skrang

Selepas Perang Beting Maru, James Brooke lalu mendirjkan kubunya di beberapa muara sungai yang strategik di seluruh Bahagian Kedua. Kubu pertama telah didirikan di Nanga Skrang kemudian di Nanga Lingga. Kubu-kubu ini bertujuan untuk menghalang Rentap dan para pengikutnya dari Ulu Skrang daripada membantu Iban Saribas menyerang tempat yang lain, di terutamanya Lingga dan Sebuyau di sepanjang Batang Lupar. Kubu di Lingga dijaga Tuan Allan Lee dengan dibantu oleh orang- orang Banting, manakala Kubu James di Skrang dijaga oleh Tuan Brereton dengan dibantu oleh orang Iban Skrang hilir yang diketuai oleh OK Gasing dan Linggi yang dahulunya sekutu Rentap.

Apabila melihat muara sungai yang merupakan satu-satunya laulannya ke laut telah dihalang oleh kerajaan maka sebagai anak jati negeri ini Rentap pun berasa sanggat marah kerana tiada lagi jalannya ke Batang Lupar dan pesisir pantai Sarawak. Bagi Rentap memang tidak patut bangsa asing yang lebih bijak dan lebih maju melakukan pekara sesuka terhadap anak tempatan. Sebagai pejuang kebebasan Rentap tidak tunduk dan berdiam diri, beliau bersama pengikut-pengikut telah datang ke Nanga Skrang untuk menyerang kubu yang baru sahaja siap itu.

Namun demikian, berita mereka hendak menyerang kubu itu tersebar dengan cepatnya ke pengetahuan Tuan William Brereton di Nanga Skrang. maka beliau pun meminta bantuan Tuan Allan Lee yang menjaga kubu di Nanga Lingga, maka datanglah Tuan Lee membawa bersama pahlawan-pahlawan Iban Balau ke Nanga Skrang.

Di Nanga Skrang Tuan William Brereton yang mengetuai Iban hilir Skrang telah membawa Tuan Lee mendirikan kubu mereka di Lintang Batang ke hulu sedikit dari Kubu James di Nanga Skrang untuk menunggu kedatangan Rentap dan orang-orangnya dari Ulu

Skrang. Perahu Rentap dan orang-orangnya pun datang, lalu dibedil oleh orang-orang Allan Lee dan .William Brereton. Rentap dan pahlawan-pahlawannya pun terkejut dan menghentikan kemaraan mereka serta berundur semula ke hulu lagi.

Tuan Brereton yang tidak berpuas hati bertembak-tembakan dari jarak jauh telah membawa Allan Lee dan pahlawan-pahlawannya mereka mengejar Rentap dan orang-orangnya ke hulu. Di hulu sana, Rentap dan pahlawan-pahlawannya telahpun bersedia untuk melakukan serang hendap. Belum berapa lama Brereton dan Allan Lee Rentap dan para pahlawanya pun muncul hendak melanggar musuh, ketika perahu pasukan Allan Lee dan Brereton berpapasan (berselisih) dengan perahu Rentap, Layang menantu Rentap pun menumbuk Allan Lee dengan suar nya,27 Allan Lee pun rebah, pada ketika itulah Layang melompat lalu memenggal kepala Allan Lee. Tetapi tidak jua orang tua-tua dulu menceritakan sama ada dapat atau tidak kepala Allan Lee diambil oleh Rentap dan orang-orangnya.

Apabila melihat Tuan Allan Lee telah terbunuh, Tuan Brereton lalu membawa orang-orangnya berundur ke Nanga Skrang, Rentap dan para pengikutnya pun melarikan diri ke kubu mereka di Ulu Sungai Lang.

Apabila melihat Rentap dan orang-orangnya melarikan diri, maka, O.K. Gasing yang begitu marah terhadap Rentap, tanpa berunding terlebih dahulu dengan Tuan Brereton lalu membawa orang-orangnya mengejar Rentap dan para pengikutnya ke hulu sungai Skrang, tetapi mereka gagal menemui Rentap dan para pengikutnya. Akhimya O.K. Gasing dan para pahlawannya lalu membakar lebih daripada 20 buah rumah panjang orang Iban Ulu Skrang yang selama yang selama ini selalu menyokong Rentap. Sebelum ini OK Gasing juga merupakan sekutu kuat Rentap. Tindakan OK Gasing ítu sangat-sangat mengembirakan James Brooke.

Setelah pertempuran di Lintang Batang dekat Nanga Skrang Rentap itu pun menambahkan gelarannya yang sedia ada kepada ensumbar nya yang baru yang berbunyi;

Rentap Tanah, Rentap Menoa,

Tuan Lee mati enda berega

Tuan Brereton tau masukka kain,

Enda teanjungka bala,

Rita Layang terang mandang Ai Rupa

Abang Aing badu mendingka Raja,

Undup abis melut leka mata,

Balau bekerangau sebelah kerapa

(Datar Tanah, Datar Wilayah,

Tuan Allan Lee mati tiada berharga,

Tuan Brereton bolehlah memakai kain [kain sarung perempuanl,

Tidak dapat mengetuai balanya (pahlawannya),

Kisah Layang terang-benderang, menerangi Eropah

Abang Aing tidak lagi mendengar kata-kata Raja,

Undup habis tebeliak biji mata,

Balau berkeliaran di sekitar paya)

Abang Aing merupakan Senior Native Offlcer yang bertugas di Kubu James di Nanga Skrang. Menurut  Robert Pringle (1970: 150) Abang Aing was a legendary fìgure among the Iban of Second Division, whose stories related that he could change himself into a pig to frighthen the Iban, in spite of the fact that pigs are, of course, a loath some to good Moslems.

2 responses

  1. Jerry Lenggir anak Dang @ John Andrew | Reply

    pala niang Allan Lee agi mengkang dikembuan bala peturun ia ke nitih ke tusut. Rentap apai Tambong. Tambong x Layang beranak ke Subang x Munan.(Penghulu Dalam). Seduai ia mega nampung nadai anak tang ngiru Umi, Niut, Bantan, Limbai. Pala Allan Lee meruan kelaie enggau dawai selung ba keruntuk pala ia……..mayuh urang ngambu diri kaban Rentap tang ni tanda sida ia………ha….ha….urang ke tuai sekeda nemu pala nya agi dikembuan urang tang urang enda tentu ka bekenang ka nya.

  2. There is no mention of Rentap and Aji involved in the Battle of Beting Maru in Paku oral tradition. The only Skrang people involved was those under the leadership of Apai Dendang of lower Skrang and the middle and lower Rimbas people who were closely related to Paku Ibans.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: