Rentap Bahagian Keempat: Kubu Bukit Sadok


Rentap Bahagian Keempat: Bukit Sadok

Kematian Tuan Allan Lee di Lintang Batang, dekat Nanga Skrang telah menaikkan lagi reputasi Rentap dalam kalangan pengikut dan juga tuai-tuai serang di sekitarnya. Oleh kerana Nanga Skrang telah ditutup oleh Kubu James, maka tiada lagilah jalan Rentap untuk bergerak ke hilir Batang Lupar dan Batang Saribas. Dalam tempoh tersebut  Rentap ada menyerang Iban di Ulu Ai, namun tiada jelas apakah punca permusuhan Rentap dan Iban dari Ulu Skrang dengan Iban Ulu Ai itu.  Namun demikian memang tercatat dalam sejarah bahawa permusuhan di antara orang Ulu Skrang dan Ulu Ai ini telah mendorong kebanyakan Iban Lemanak sering mengalami kesusahan akibat peperangan ini terpaksa berpindah ke Batang Sblak dan batang di Roban di Daerah Roban.

Menurut catatan Benedict Sandin, dalam permusuhan Iban Ulu Skrang dengan Iban Ulu Ai pernah Rentap telah bertempur dengan Iban Ulu Ai yang diketuai oleh Menggong anak Gunggang ‘Gerasi’ di Nanga Mengiling, suatu tempat ke hulu sedikit dari Nanga Jela.  Gunggang Gerasi, iaitu bapa Menggong juga merupakan pahlawan Iban Uli Ai yang hebat dan terkenal pada zamannya. Dalam pertempuran di Nanga Mengiling itu Rentap telah berjaya membunuh Menggong.

Berita Rentap menyerang Iban Ulu Ai di Nanga Mengiling dan kematian Tuan Allan Lee di Nanga Skrang Rentap menyebabkan Raja James Brooke semakin marah terhadap Rentap. Dari Kuching, James Brooke datang sendiri ke Skrang dan menghantar orang-orangnya ke Sungai Lang di Ulu Skrang untuk memujuk Rentap supaya berdamai dan datang menyerah diri ke Kubu di Skrang, namun Rentap mengatakan bahawa selagi hayatnya ada, dia tidak mahu melihat wajah orang putih apatah lagi untuk berdamai.

Apabila melihat Rentap masih berkeras mahu menentang kerajaannya, James Brooke lalu menghantar satu pasukan yang diketuai oleh dua orang anak saudaranya Tuan Muda Charles Brooke dan Johnson Brooke dengan beratus-ratus orang Iban dan Melayu menyerang Rentap di Ulu Sungai Lang. Rentap dan orang-orangnya kalah, beliau sendiri telah tercedera di pahanya akibat terkena tembakan musuh di pahanya, namun demikian dia sempat dilarikan oleh orang- orangnya ke kemuncak Bukit Sadok.

Tidak berapa lama setelah kekalahan Rentap di Sungai Lang, Tuan Brereton penguasa Kubu James di Nanga Skrang yang mengepalai angkatan Jarnes Brooke di Nanga Skrang bersama dengan mendiang Tuan Allan Lee juga telah menggal dunia kerana sakit perut. Tetapi menurut orang Iban di pihak Rentap. kononnya kematian Tuan Brereton adalah disebabkan semangat mahkluk halus yang menolong Rentap untuk membalas dendam di atas perbuatan beliau menyerang Rentap di Sungai Lang.

Rentap di Bukit Sadok

Pada masa itu orang Iban percaya bahawa Bukit Sadok tidak akan dapat dikalahkan buat selama-lamanya oleh kerajaan Brooke. Hal Ini adalah kerana daripada mimpi-mimpi orang Iban di sekitar itu, Bukit Sadok kononnya telah dikawal oleh roh orang Panggau Libau yang menolong Rentap dan orang-orang Iban lain yang berkubu di Bukit Sadok.

Selain Rentap, ada pahlawan yang bersama Rentap di Bukit Sadok juga bukan calang-calang orang, ada antara mereka juga merupakan tiris pantis bujang berani (keturunan pahlawan gagah berani), mereka ini juga ada yang dibantu oleh antu atau spirits orang Panggau-Gelong, seperti Keling, Bungai Nuing, Laja dan Bungai Jawa.  Menurut ceritanya walaupun Rentap tidak melawan bersungguh-sungguh angkatan Brooke juga tidak akan dapat menawan Bukit Sadok. Tanggapan orang Iban ini seakan-akan benar apabila serangan pertama dan kedua Tuan Muda ke atas Bukit Sadok telah menemui kegagalan.

Pada serangan pertama,  setelah lapan hari berusaha mendaki Bukit Sadok orang-orang dalam angkatan kerajaan pun sampai di kemuncak Bukit Sadok tidak begitu jauh dari kubu Rentap. Sebaik sahaja mereka cuba menyerang kubu Rentap hujan pun turun dengan lebatnya selama beberapa hari berturut-turut. Akhirnya Tuan Muda pun membawa orang-orangnya berundur dari situ, lagi pun Abang Aing, Pegawai Kanan Bumiputera (Senior Native Officer) dari Kubu Alice di Simanggang yang mengetuai orang Melayu dalam ekpedisi itu telah cedera parah akibat terkena balingan batu yang dilayangkan orang- orang Rentap dari kubu mereka.

Menurut kepercayan orang Iban dahulu hujan lebat iu berlaku akibat perbuatan orang panggau untuk melindungi Rentap dan pengikut- pengikutnya di Bukit Sadok. Selain itu, sebaik sahaja tiba di pangkalan di Sungai Skrang mereka dapati kebanyakan perahu orang Iban tiada di situ lagi kerana telah dihanyutkan oleh banjir besar.

Apabila melihat pasukan kerajaan berundur Rentap pun beteriak kepada mereka “Semina Iban ulih munuh Iban, kita orang putih enda tetikika bukit tu, lalu enda telabankan kami di darat kata Rentap Bai meh semua meriam nuan ari menoa Ai Ngelan nyin (England), kami enda takut ka nuan, aku tu meh Rentap Raja Ulu” kata Rentap Iagi.

Setelah gagal menawan Rentap di Bukit Sadok buat kali pertama, setahun selepas itu Tuan Muda Charles Brooke dan James Brooke Johnson pun mengatur serangan kali kedua. Kali ini mereka berdua membawa askar yang lebih ramai dan meriam yang lebih kuat dan banyak daripada dahulu.

Sebelum ekspedisi itu bermula, angkatan Sarawak telah pun bertempur dengan Aji, Nanang dan Luyoh di Sungai Langit.  Aji apai Limpa merupakan anak OKP Dana Bayang yang ketiga dan yang paling berani, dalam pertempuran di Sungai Langit ini, Aj i telah terkorban terkena tembakan seorang Melayu Spaoh yang bemama Beruang. Setelah Kematian Aji, abangnya Nanang dan Luyoh pula meneruskan pejuangan Aji sehingga penyerahan mereka secara rasmi di kaki Bukit Sadok pada bulan September 1861.

Setelah mengalahkan Aji di Sungai Langit, sebahagian daripada angkatan kerajaan telah diarahkan ke Entabai di Julau untuk menyerang Panglima Mujah Buah Raya  yang selama ini sering membantu Rentap.  Mujah Buah Raya (musim buah-buahan) merupakan ketua perang Iban Skrang yang telah memimpin Iban Skrang, Lemanak dan Saribas berpindah ke Julau, Kanowit, Sarikei dan Binatang (Bintangor). Beliau berpindah dari Skrang kerana Skrang tidak aman Iagi selepas peristiwa Kerangan Peris (Petempuran Rentap-Brooke I844). Mujah telah dianugerahkan gelaran Panglima oleh Sherip Masahor di Mukah.

Sementara itu sebahagian lagi angkatan Sarawak yang lebih ramai diketuai Tuan Muda Charles Brooke dan James Brooke Johnson mara ke Bukit Sadok untuk menyerang Rentap. Mujah Buah Raya di Entabai berjaya dikalahkan oleh angkatan kerajaan tetapi kubu Rentap di Bukit Sadok masih tidak dapat ditembusi oleh peluru angkatan Brooke. Pada kali ini Rentap dan para pengikutnya telah rnelawan dengan bersungguh-sungguh dengan menggunakan panah dan sumpitan beracun, ketulan-ketulan batu yang besar, senapang dan juga meriam yang dibekalkan oleh Sherip Masahor di Mukah.

Kemenangannya buat kali kedua ini menyebabkan Rentap semakin angkuh dan sombong. Dia telah menceraikan isterinya Sawai dan mengahwini gadis muda yang digelarya Ranee Bukit Sadok sampena  nama isteri Tuan Muda Ranee Magaret of Sarawak. Perbuatan Rentap ini telah menimbulkan kebencian para pengikutnya terhadapnya, oleh itu kebanyakan mereka meninggalkan Rentap dan berpaling tadah menyokong kerajaan.

Setelah kematian Aji di Sungai Langit, Nanang dan Luyoh tidak Iagi menentang Raja di tanah rata, tetapi bergabung dengan Rentap di Bukit Sadok. Tetapi tidak lama kemudian mereka berdua telah berselisih faham dengan Rentap, kerana Rentap tidak mahu menyerahkan ubat bedil peninggalan mendiang adik mereka Aji. Rentap mendakwa bahawa ubat bedil itu telah diberikan oleh Dimah, balu Aji kepadanya.

Selain itu Nanang dan Luyoh juga tidak sampai hati untuk meneruskan perjuangan mereka memandangkan begitu ramai orang dalam pasukan kerajaan adalah terdiri daripada keluarga mereka sendiri. Oleh itu Nanang dan Luyoh bersetuju untuk berdamai dengari kerajaan.

Apabila melihat Nanang dan Luyoh menyerah diri kepada kerajaan tanpa terlebih dahulu berunding dengannya, Rentap pun sangat marah lalu membakar rumah panjang dan kubu Nanang. Sebelum ini sekurang-kurangnya tiga kali kubu-kubu mereka di UIu Layar dan Ulu Spak teiah dikalahkan oleh Tuan Watson dan J.B. Criuckshank yang dibantu oleh Bunyau apai Bakir dari Fort Lily di Betong. Bunyau apai Bakir adalah keturunan daripada Unggang Lebor Menoa yang juga ada pertalian dengan Nanang.

Meriam Bujang Timpang Berang  yang tidak sempat dibawa turun oleh Nanang dan Luyoh telah diambil oleh Rentap untuk memperkuatkan lagi pertahanannya di Bukit Sadok.  Pada pagi keesokannya angkatan kerajaan pun menembak kubu Rentap dari kemuncak Bukit Serok yang berkembar dengan Bukit Sadok.  Selepas agak lama berbalas tembakan kubu Rentap pun roboh. Salah seorang pengikutnya yang mengendalikan meriam telah terkena bedilan meriam pihak musuh, darahnya tersembur keluar lalu membasahi ubat bedil di sekitarnya. Maka Rentap dan orang-orangnya pun telah kehabisan ubat bedil dan tidak berdaya lagi untuk melawan pasukan kerajaan. Apabila menyedari dirinya akan tewas Rentap bersama-sama para pengikutnya telah melarikan tanpa dapat dikesan oleh Charles Brooke dan orang-orangnya.

Selepas Rentap melarikan diri salah seorang daripada pengikutnya, Manang Usay (bomoh) yang begitu marah dengan angkatan Sarawak berjalan turun ke bawah sambil menjulang parang ilangnya seraya berkata Mahu mencari Raja kata nya. Dia laIu menuju ke arah Tuan Muda Charles Brooke, ketika dia menghampiri Tuan Muda, tiba-tiba kakinya tersangkut pada akar pokok engkajang. dia pun rebah. Pada masa itu Tuan Muda lalu menikamnya dengan sebilah pisau tetapi tidak mengena. Kemudian Tuan Muda menghunus pedangnya laIu menetak perut Manang Usay. Manang Usay rebah lalu mati serta-merta.

Menurut ceritanya Rentap bersama beberapa orang pengikutnya telah melarikan diri menuruni bukit menuju ke sungai Penabun. Dari situ mereka mendaki bukit Jukat. Mulanya ke tempat yang bernama Badak Sendak, kemudian dari situ mereka ke Terjun dekat Nanga Serigia, barulah mereka diam sementara di Bukit Lanjak Entimau, kemudian ke Bukit Stulak.

Ketika Rentap di Bukit Stulak, Iban Julau yang diketuai oleh Ranggau dan Janting Lang Labang telah bangkit menentang kerajaan Brooke, mereka melarikan diri dan bersembunyi sekitar Bukit Dugan, Bukit Lanjak, kemudian ke Bukit Stulak hingga ke Bukit Batu di Ulu Mujong, Katibas. Apabila menyedari kedudukannya tidak selamat, maka Rentap telah membawa  pengikutnya meninggalkan Bukit Stulak dan pindah ke Ulu Wak, cawangan Sungai Entabai di Pakan, Ulu Julau dalam Bahagian Sarikei. Di situlah Rentap tinggal hingga ke akhir hayatnya.  Rentap menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya kira- kira 70 tahun.  Seperti kebanyakan raja berani Iban yang lain, mayat Rentap tidak dikuburkan dalam tanah sebaliknya dilumbong di Bukit Sibau, sebagai tanda penghormatan atas perjuangannya.

16 responses

  1. tungkat raja | Reply

    Tabi’ Akih,

    Manah amat tusun sejarah nuan (tu ukai cerita tang history), even though I suppose not many of the descendents of the Saribas warriors might agree with you.

    Anyway, I am not concern about that at all. What matters is that there are a lot of things we can learn from the struggle of Libau Rentap Menoa against the Brookes, for the survival of the Dayaks in Sarawak now.

    Aku amat setuju ke “THOSE WHO CANNOT REMEMBER THE PAST ARE CONDEMNED TO REPEAT IT.”

    But to merely remember is not sufficient, we must be able to also learn and understand them. We must stop anyone from using the Brookes’ tactics to DIVIDE AND RULE the Dayaks…the way the Brookes divide the:
    1. Skrang Ulu & Skrang Ili’ Warriors
    2. Skrang & Saribas Warriors

    Aku arap ka bala kitai ke bisi nemuai ngagai blog nuan tu’ nguji ngupas serta bejurai ke faktor2 kebuah bala kitai Iban pecah maya nya kelia’….through a very rational manner…NOT EMOTIONAL

    We MUST learn & understand the factors because the OTHERS learned & understand them and he is using it as his Standard Operations Procedures@ Manual to divide & rule us….SO WE MUST LEARN & UNDERSTAND THEM and make it as our Standard Operations Procedures@ Manual TO DEFEND OURSELVES FOR OUR SURVIVAL.

    …you cannot really find any more RENTAPS among our current politicians…can we?

    1. Terima kasih.

      Tuju aku mantaika pekara tu ukai ka muji, bejai tauka mantah sapa-sapa, lalu mega ukai mega ka ngemesaika sapa-sapa bagi tuai kelia. Tang….ngambika bisi dikunsi, dikenang lalu tau pulai ka ajar kitai ka rebak diatu. Aku ukai peturun Rentap, lalu mega ukai peturun tuai-tuai serang ka disebut aku ditu.. aku endang amat rinduka sejarah bansa. Enti kita bisi penenu anang enggai mantaika ditu.

      Terima kasih, sekali agi.

      1. tungkat raja

        tabi’ akih,

        sama meh tua..aku pun ukai peturun Rentap..tapi aku sinu ngenang bansa kitai enda te tan ka bansa diri sampai ka diatu….enti sema’ tua tu peturun tuai2 kayau menya’, nadai meh guna enti bansa diri baka ke di sundal bansa bukai…kitai enda tau’ “bodoh sombong” munyi ko’ laut…

        ..diatu nyabor orang ni agi’ chudur…lunchung ujung nyabur orang maya diatu i.e.pen…nya ti dikena orang ngalah ka kitai..

        ..nya alai aku arap amat ka bala kitai ke nemuai ngagai blog nuan tu’ sama nyelam serta beratika sejarah kitai menya’..ngambi ka nyadi teladan bansa kitai ke dudi ila’

        “THOSE WHO CANNOT REMEMBER THE PAST ARE CONDEMNED TO REPEAT IT.” worse still if a race “CANNOT UNDERSTAND THE MISTAKES OF THEIR PAST, THAT RACE WILL BE FOREVER LOST & FINALLY DISAPPEAR”

        ..for a start uji kitai beratika ka soalan tu:

        “APAKAH FAKTOR2 YANG SEPATUTNYA BOLEH MEMENANGKAN RENTAP DALAM PERJUANGANNYA MENENTANG BROOKE?”

        ..selamat bejurai ka penemu…

  2. Kunchit Langit | Reply

    Tabi Unggal,

    Manah amat jerita nuan tu. Lalu aku siku ari peturun Rentap, serta aku lalu bisi nyimpan tusut ia. Tang jam tu bedau ulih pansut ka aku, serta enti bisi maya ila,dia aku mantai ka nuan tusut iya, serta enggau tusut orang ke tuai-tuai bukai mega. Tang nyangka bala bukai bisi nemu serta dalam agi ari enggi aku, anang enggai mantah serta berursu enggi aku nya ila. Laban penemu tu enda tau di empu kitai kadiri aja, nya alai besai amat terima kaseh aku ngagai bala mayuh ke udah tu ila.

  3. bujang timpang berang | Reply

    Tabi madi

    Meri besai terima ngagai nuan laban ti dalam penemu lalu nusoi cerita aki kitai Rentap. Aku besi maca book Rentap: Legend and Enigma, ti ditulis oleh James Ritchie, tang moih utai ti ditulis ia nya enda tentu betul. Ambi ka banding; Puyang ak Layang, keturunan ka enam Rentap diau di Bawang Asan, Sibu. Ka bendar Puyang diau di Sg Aup, Sibu. Cereta James Ritchie nya pen ka berat berat ka orang putih. Enda tentu betul. Pala Alan Lee pen bisi diibun ia ba rumah ia di Tr Jonathan Juna Sg. Aup, Sibu. Diatu ia berumur 82 tahun. Enti nuan bisi ati ka interview ia kala ka ia agi idup. Manah nuan ngusung ia ba Aup. Agi mega nuan ulih meda pala Alan Lee ba rumah ia dia lalu nuan tau ngambi gambar pala nya ngambi ka semua pemaca blog nuan ulih meda. Thank you

    1. Terima kasih ngagai nuan. Enti bisi jereki….nyangka ga tau betemu enggau orang ka disebut nuan nya laban maya permisi Gawai taun tu aku bisi ke Sg Aup merantu niang petunggal aku.

    2. Bisi ga urang madahke pala Tuan Lee nyak dipumpong tauka diibun Atong ti pindahke Sg Kemana Balingian. Jeirta ni ke betul kini?

  4. pasun mangah | Reply

    GOOD LUCK KABAN. PAJAK KA MEH PENGAWA MANAH D.
    ne tak meda engau macha pasal laut engau uhang putih aja ka bisi cerita orang kering
    iban pan kaya meh cerita engau sejarah asal.

    kami follow aja.
    rindu ka org ti pandai baka kita.

  5. pasun mangah | Reply

    GOOD LUCK KABAN. PAJAK KA MEH PENGAWA MANAH D.
    ne tak meda engau macha pasal laut engau uhang putih aja ka bisi cerita orang kering
    iban pan kaya meh cerita engau sejarah asal.

    kami follow aja.
    rindu ka org ti pandai baka kita.

  6. Ka nemu tusut bukai Rentap laban aku generasi ke-6 Rentap..anak kepada En.Luyan anak Bangsang generasi ke-5 Rentap…ku rindu pasal sejarah sereta aku ka nemu lebih silik pasal Rentap..

  7. Mastinie Robert Suwor | Reply

    Hello.. terima ngasih ngagai urang ti udah nulis blog tu.. SALUTE!! aku arap aku ulih tetemu k tusut Rentap k bendar ya, laban aku diatu benung ngadu ‘research’ bagi tusut ancestors aku k sepiak Iban.. (I’m half Iban). aku tu urang Rantau Panjai, Sibu. nyadi bala inek kami kelia datai ari ulu Entabai nyin, pindah kitu.. dalam family aku empu, kami bisi udah ngangkat ka nama “Munan” (ianya pangkat uchu aku), serta “Limbai” (niang menyadi indai aku k biak ndar). aku enda pasti tusut k bendar ya ari sepiak indai aku.. tapi maya ku nge-check salasilah keturunan Rentap, aku bisi tetemu ka nama “Munan” ngau “Lembai” (spelling bisi lain mimit). aku takut tu urang bukai, ngai ngambu ngapa laban mayuh ga urang nama sama.. even “Libau” pun bisi dua tiga iko urang iban k benama nya.. tapi bagi aku, enda patut gak kitai iban berani ka ngangkat nama urang nya sengapa enti ukai sigi bala kaban belayan kitai empu… aku mega kala ninga bala aki-inek aku be-sebut k nama “Libau” maya agi mit suba.. nama “Mujah” pun kala disebut bala aki-inek aku di rumah panjai ditu.. lalu bisi ga sekeda ari kami ngangkat k nama “Libau”.. cuma aku enda pasti baka ni sebenar nya tusut tu.., sekali ka kami (aku) tu peturun Rentap, skali k ukai.. tapi family kami nang bisi kaban belayan di julau/konawit, laban my great grandmother was from ulu entabai.. so, enti bisi urang ari Julau (sekali ka peturun Rentap, skali ka ukai), anang malu nanya pangan diri.. jejak kasih.. ni nemu~ kitai ulih sama nulung ngiga tusut pangan diri.. ni nemu~ kitai tu se-kaban.. HOOO.. HAAA…!!!! mupuk dulu aku.. TQ!!

  8. Stanly Janting | Reply

    Amat manah cerita d tu unggal rindu aku macha.Aku peturun ke 6 Janting Lang Labang.Nti ulih kaban giga d mhe berita aki tuai aku nya gau dalam agi ngica ke dalam agi mhe ke ditemu.bisi ga aku nemu jerita ea tang aku mega nangi ka nusi enggai ke bisi ngurik ati bala bukai.nya aja meh kaban btw all the best.

    1. Tau PM aku nua Stanly ila aku nusi cherita nya laban aku neutral ndai ngarika sapa-sapa, ila aku mantaika ngena chara ka enda bejai sapa-sa-a

    2. Bakani jerit Janting Lang Labang nyak deh? Bakani tusut iya?

  9. Sapa bala bujang berani ti ngau Renta ba Bukit Sadok nyak kini? Bisi antara sida benama Saing ngau Atong?

    Qoute:
    Selain Rentap, ada pahlawan yang bersama Rentap di Bukit Sadok juga bukan calang-calang orang, ada antara mereka juga merupakan tiris pantis bujang berani (keturunan pahlawan gagah berani), mereka ini juga ada yang dibantu oleh antu atau spirits orang Panggau-Gelong, seperti Keling, Bungai Nuing, Laja dan Bungai Jawa

  10. Jerita Rentap dlm versi Melayu:

Leave a comment