Rentap Bahagian Kedua: Latar Belakang Iban Sarawak dan Salasilah Rentap


LATAR BELAKANG

Iban Sarawak

Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak. Menurut perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong. Sebenarnya  nama Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya mengelirukan dan tidak sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan tanah tinggi yang jauh di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya pada pertanian.

Buat beberapa lama istilah Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat Barat sebagai istilah yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana kebetulan pada awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan Bajau.  Sebenarnya bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan digunakan untuk merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban sahaja.

Orang Iban tergolong dalam kelompok Proto-Malay (Melayu-Proto) dan menurut sejarah mereka berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak (Stephanie Morgan, 1968: 61).

Apabila James Brooke mula datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban kebanyakannya tinggal di Bahagian Kedua.  Namun demikian pada penghujung abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak. Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.

Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama (C.A. Bamfylde: 1 898: 7-8). Oleh itu, Menurut Erik Jensen (1962: 5-6) dalam satu perjumpaan di antara tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban dari kawasan Batang Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di Simanggang (Sri Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat, kebudayaan dan ritual Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak perkara berkenaan dengan adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini mereka mereka dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu sereta berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. Suku dayak yang paling hampir menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat resam ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.

Bagi orang Iban yang pagan pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk adat resam dan kepercayaan mereka dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu. Oleh itu, selain daripada mempunyai tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya ada tuai burong, lemambang dan manang. Tuai burung ialah orang yang yang bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi, mentafsir bunyi burung atau binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang berkaitan dengan aktiviti harian.  Namun demikian, generasi Iban kini mungkin sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-sekala pada hari gawai sahaja.

Pada zaman dahulu Lemambang pula adalah individu yang penting kerana bertanggungjawab menjampi dan membaca mentera ketika upacara tertentu seperti gawai umai, gawai batu dan gawai sakit. Manakala manang pula adalah dukun atau bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang sakit.  Dari segi ekonomi, pada masa dahulu orang Iban bergantung sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan menanam padi bukit besar-besaran secara pertanian pindah. Seperti masyarakat Iain di Malaysia, kini orang Iban juga telah mengalami banyak perubahan dan pembangunan daripada segi sosial, ekonomi dan politik sejajar dengan pembangunan negara. Pertanian pindah tidak lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-nilai, norma-norma dan kebudayaan serta adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah tidak diamalkan lagi.

Orang Iban rnempunyai berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan masyarakat Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi. Sastera lisan yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula adalah merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan legenda orang Iban.

Tusut atau Salasilah Raja Berani

Rentap

Salasilah Rentap apai Tambong yang diketahui tidaklah begitu mendalam, tidak seperti salasilah tuai serang (war leader) dari Saribas, seperti Linggir Mali Lebu atau pun Aji apai Limpa, nenek moyang mereka dapat diketahui sehingga lebih daripada 25 peturun (generasi) daripada asalnya sehingga kepada generasi yang ada kini.

Daripada buku Legends and History of Sarawak, Salasilah Rentap adalah begini, Ningkan beristerikan Imbong beranakkan Rentap, Jarop, Ringgit, Lepo dan Serini. Rentap, Jarop dan Ringgit diam di Skrang, Lepo pindah ke Sungai Ngemah, cawangan Batang Rajang, manakala adik perempuan mereka Serini berpindah ke Muput, Anab, Balingian. Namun ada juga (dalam sebuah laman weblog) yang mengatakan ibu Rentap bernama Beremas (kalau saya salah, betulkanlah).

Rentap beristerikan Sawai, dan beranakkan Tambong dan mengambil anak saudaranya Ensimai sebagai anak angkat. Ensimai adalah anak Ringgit.  Ringgit merupakan adik Rentap dan juga orang yang paling dipercayai oleh Rentap. Semasa hayatnya Ringgit dikatakan telah memenggal banyak kepala.  Tambong bersuamikan Layang, mereka tidak mempunyai anak.  Oleh itu, mereka mengambil Subang sebagai anak angkat. Subang kemudiannya berkahwin dengan Penghulu Dalam Munan anak Penghulu Minggat apai Runai dari Awik, di Krian.

Menantu Rentap, iaitu Layang suami kepada Tambong juga pahlawan gagah berani, dialah yang membunuh Tuan Allan Lee di Lintang Batang dekat Nanga Skrang. Penghulu Dalam Munan yang beristerikan Subang, cucu Rentap, juga pahlawan yang terkenal dan berani. Munan merupakan orang kepercayaan Raja Charles Brooke menentang Kayan-Kenyah di Ulu Belaga dan juga Ngumbang dan Bantin pemimpin Iban Ulu Batang Ai yang bangkit menentang kerajaan Brooke.

Ayah Munan, Penghulu Minggat apai Runai merupakan raja berani Iban paling berpengaruh selepas Linggir Mali Lebu dari Paku. Minggat bersama-sama dengan Chulo Tarang bertanggungjawab membantu Brooke menghapuskan pemberontak Kayan-Kenyah dan Kejaman di Ulu Belaga, pemberontakan Ngumbang di Ulu Ai, Mujah Buah Raya di Ulu Julau dan Balang dan adiknya Enjop Ulu Katibas.

Kemunculan Rentap adalah suatu yang membingungkan dan telah diberi pelbagai intrepretasi oleh orang Iban.  Hal ini demikian adalah kerana datuk dan nenek moyang Rentap tidak dapat dikesan melalui tusut iaitu ilmu salasilah Iban yang dapat merujuk sehingga 25 keturunan generasi lampau.  Oleh sebab salasilah Rentap tidak dapat diingati, maka kebanyakan pengkaji mengandaikan keluarga Rentap kononnya berasal dari Ulu Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia yang pada ketika itu di bawah kuasa pemerintahan Belanda. Sebaik sahaja Rentap lahir lebih kurang dalam tahun 1800 mereka sekeluarga bersama beberapa keluarga Iban yang lain berpindah dari Ulu Kapuas dan diam di Ulu Skrang. Namun demikian, ada juga cerita yang mengatakan Rentap lahir dan membesar di Skrang.

Nama Rentap yang sebenarnya ialah Libau, setelah membunuh musuh semasa mengayau di bawah pimpinan Orang Kaya Rabong dan juga Orang Kaya Pemancha Dana Bayang nama Libau diberikan ensumbar atau pun julok ; Libau Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menoa. Selepas itu nama Libau lebih dikenali sebagai Rentap. Rentap juga tau serang, tau kayau, tau mulau (berkebolehan memimpin perang) seperti raja berani Saribas dan Skrang yang lain.

Pada suatu ketika Rentap telah mengetuai Iban Skrang mengikuti O. K. P. Dana Bayang meyerang pekampungan Melayu dan orang Cina di pekan Pontianak. Rentap yang merupakan tuai serang (leading warrior) Dana Bayang dengan beraninya melompat ke dalam perahu orang Melayu Pontianak yang sedang mengejarnya ke tengah laut lalu menetak kesemua musuh yang berada di dalam perahu berkenaan. Pada ketika inilah Rentap telah memperolehi sebilah keris yang berhulukan emas.

Setelah beberapa kali mengikuti O.K.O. Dana Bayang akhimya Rentap pula bertindak sebagai ketua perang (war leader) dan pernah suatu ketika dia membawa para pengikutnya dari Saribas dan Skrang menyerang kapal Sultan Pontianak dan kapal perang Belanda. Mereka merampas dua pucuk meriam tembaga dan beberapa barangan yang lain sebagai perpasan (tanda kejayaan). Setelah membunuh kesemua anak kapal, Rentap dan orang-orangnya kembali ke Skrang tanpa seorang pun pahlawannya terbunuh atau tercedera.

Pertemuan Pertama dengan Raja Ribai (Orang Putih).

Setelah digelar menjadi Raja Sarawak, James Brooke pun pergi menyerang Iban Saribas. Dalam masa beberapa hari sahaja Iban Saribas pun berjaya dikalahkan. Orang Kaya Pemancha Dana Bayang bersama anak-anaknya kalah di Padeh, Linggir Mali Lebu dan Iban Paku kalah di Kerangan Pinggai dan anak-anak mendiang O.K. Antau Linggang Nengeri dan O.K. Gun Mangku Bumi telah kalah di Nanga Tawai di tebing sungai Rimbas.

Setelah semua kubu Iban di Saribas kalah, maka datanglah James Brooke membawa angkatannya menyerang Iban Skrang yang diketuai oleh Libau Rentap. Apabila mendengar khabar Raja Putih hendak datang menyerang Rentap pun mempersiapkan angkatannya untuk menunggu orang putih. Kita akan tunggu mereka di Kerangan Peris kata Rentap kepada orang-orangnya. Kerangan Peris adalah satu tempat yang tidak berapa jauh dari Nanga Skrang tuai serang (war leader) Iban Skrang yang turut bertahan di situ ialah O.K. Gasing, Sabok Gila Berani (madly brave), Sandom, Linggi apai Belabut, Bulan Genaya dan beberapa lagi yang lain.

Rentap yang merupakan perancang utama serangan itu telah mengarahkan para pengikutnya bersembunyi di sekitar tebing sungai dan bersedia untuk menyerang hendap pasukan orang putih dengan ketulan-ketulan batu yang sederhana besar, buluh-buluh runcing dan untuk menaikkan semangat anak-anah buahnya. “Bunuh, bunuh, serang, serang, bunuh bansa ribai” ! kata Rentap.

Pasukan James Brooke tersepit dan dikepung oleh pasukan Rentap dari kedua-dua tebing sungai sebelah-menyebelah. Dalam pertempuran itu pasukan pihak Rentap telah menang, Rentap sendiri dengan beraninya mengasak musuh yang sedang kelam-kabut di kerangan (kawasan berbatu di tebing sungai atau gravel bed) lalu memenggal kepada seorang bansa ribai yang bernama Tuan Steward.

Kepala Steward sempat dibawa oleh Rentap. Ketua Melayu Sarawak, Dato Patinggi Ali bersama dengan para pengikutnya yang seramai 26 orang juga menemui ajal dalam pertempuran itu. Selepas kemenangannya itu Rentap pun membawa orang-orangnya kembali ke Ulu Skrang bersama-sama kepala Tuan Steward, ribai yang malang itu.

Itulah pertempuran pertama Rentap dengan orang putih. Pertempuran itu jugalah yang menyebabkan Rentap mendendami dan membenci orang putih sepanjang hayatnya. Selepas serangan di Kerangan Peris itu ketua Iban di Skrang hilir O.K. Gasing, Renggie, Sandom dan Linggi menyerah diri kepada James Brook dan selepas mereka mengkhianati  Rentap lalu menyokong James Brooke sehingga Rentap meninggalkan Bukit Sadok 1861.  Selain itu, Menurut DS Edmund Langgu bagi Iban Saribas, Krian, Julau, Kanowit, Batang Ai dan Batang Rajang trio O.K. Gasing, Renggie, Sandom dianggap sebagai pembelot besar bangsa Iban.

Setelah kebanyakan pemimpin Iban hilir Skrang belot, tinggallah Rentap dan Bulan Genaya yang disokong oleh orang-orang Iban Ulu Skrang masih lagi bertekad untuk menentang Raja James Brooke. Namun setelah Rentap kalah di Sungai Lang, Bulan Genaya dan ramai pengikutnya  juga turut meninggalkan Rentap dan berpaling tadah  menyokong  James Brooke.

25 responses

  1. junior rentap | Reply

    hmm…da abh kew..aq ske sgt cte sal rentap nie..x tau r asl..nk kte aq tggal kt sarawak..x pn..p mmg phlawan yg aq pling kagum r beliau nie…aq pn nk jd cm dya r.. ‘agi idup agi ngelaban’…chayook.. 🙂

  2. UmangBajikRemun79 | Reply

    Nadai sapa enda nemu enti di sebut nama RENTAP diseluruh sarawak. tang ukai semua nemu cerita pengidup RENTAP. tahniah DS Edmund Langu!!!! arap ke bala Iban enda lupa..nama-nama bujang berani di menoa sarawak. Angkat nama sida jadi nama anak @ ucu @ icit kitai. Tunda meh cunto TSDP Alfred Jabu Numpang, bisi anak laki beri nama RENTAP….anak indu nama BERMAS…UMANG…nya baru Iban

  3. Bagi ku,
    cukup penting kitai nemu adat bansa kitai iban,mauh agi nembiak k maya hari tu,enda ingat k asal diri empu..ba penemu ku,tiap reti gau tusun adat kitai iban amat beguna b kitai empu..tajapan mauh agi kitai udah masuk kristian,tang nya ukai bereti kitai muai adat kitai empu….ketegal adat kitai k lama..nya mega ditusun nitihka peturun ini,aki kitai…
    Kitai k nembiak mega diperansang enggau jaku iban b sekula….ukai tegal k nanggul jaku bukai tang,meri penemu ngagai nembiak k diatu,,,awakka sida nemu…pedalam jaku..ukai mina ditusun enggau leka sabak,jaku,pantun,sempama gau lagu..tang…meri ajar b pengidup kitai k majak masang maju…nunda bansa bukai dalam dunia tu…..
    Tajapia,,,,kitai k rebak baru tu..patut jaga enggau ngembuan hati rindu k bansa kitai empu….,Ba penemu ku….enda salah kitai belajar ari sida ke tuai..Baka ba rumah panjai..macam utai digaga…baka,kuih…,pereka kena bumai…,lauk..muru jelu b utan..lalu iya ke bukai……Mauh agi orang k tuai ngena cara asal maya ngitu diri ka bumai…lalu iya ke bukai…ku ngarap kitai bela betulung meh…maju ke kitai iban..bansa ke ulih maju baka bansa bukai……

  4. Sarawak Mariner/Diver | Reply

    Aku ulih meri penatai tusut Rentap ke penuh berengkah ari Aki kitai Serapuh ke nyanda bunuh ngema tajau menaga bujang, Ke bebini ngambi Lenginda beranak ka Remi ke belaki Damu , Antu sepaung tebu ke nyeregu bau sinang, Bujang sepasak jalu pematak bala nyerang, beranak ka Mengin, lalu tampong ia udah nya nganti kita betemu baru aku meri penuh rintai tusut Rentap tu. Amat apai Rentap tu Ningkan, serta indai iya Imbong, laban aku peturn ka 8 ari Rentap empu.

    1. Manah…ngarapka nuan ulih bekunsi penemu enggau bala mayuh. terima kasih

      1. manah meh nya kami tpeda ke turun 8 Rentat. giga agi peturun Kenawang ari Julau

    2. Ba lapa enda disambung tusut Rentap nyak deh?

  5. manah amat karang ti bansa tu….
    bisi nyadika malin ngaga assignment ke lebih agi assignment jaku Iban…
    ke diatu, tusah amat ka ngiga karang ti besangkut ngau daya idup kitai Iban….
    terima kasih ari aku…..

  6. temegah ati nyadi anak iban…

  7. boleh saya tahu tentang sejarah adat pekahwinan kaum iban dari tahun 1980 sehingga yan terkini?

  8. Slmat lemai.dtu aku dka nmu orang kaya pemacha dana bayang,org k sama enggau org kaya dana k diau b batang krian,k bc tmbawai rian k besapit dua tauka org k bukai.

  9. Slam semua,saya suka dan bangga membaca sejarah perjuangan pahlawan rentap ni,susah nak cari ganti.jadi lah teladan untuk genarasi akan dtg dan selama nya.

  10. bjang brani iban sigi kering ..agi idup agi ngelaban ..nuan sruran di ati kami (RENTAP-LIBAU) ..ndai phlawan ba mnua tu udh btempuh ngau mnsuh ngmayuh nya..smpai ka bribu ribu mnsuh nyerang tang (RENTAP-LIBAU) bdau tumbang ..oooHaaaaa….oOohaaaa….

  11. salam 1 Malaysia..saya perlukn maklumat mengenai industri muzik Iban untuk penyelidikan projek tahun akhir..lau ada sdi membantu blh la tlg sy…tQ

  12. Sapa nama menyadi Sandum di dibunoh Rentap bakake disebut dalam bup History of Sarawak ti ditulis Baring Gould? Nama kabuah Rentap munoh ia?

  13. Amat Rentap dikubai Raja Ulu? Amay Rentap naban ke indu biak nyadi ke bini ia munyi ke disebut urang putih?

  14. Ok Gasing nya Apai Dendang ka?

  15. Sapa Renggie nya?

    Linggi bisi disebut nyadi wakil Rentap, ngau OKP Dana “Bayang” betemu ngau James Brooke maya Saribas Treaty.

  16. Bakani Rentap tau alah ba Sungai Lang? Bisi batempoh ngau bala Brooke sida ia?

  17. Nama bini biak Rentap Berinjan ti dikubai Ranee Sadok, amat nya?

  18. Nama kabuah Iban ili ulih ditundok ke Brooke? Laban diberi makai gaji kerja ba kubau kini tauka endang alah ari segi senjata ngau pemayuh bala?

  19. Ulih nusoi ngau silik agi jerita Rentap ti batempoh ngau bala Brooke ba Beting Maru? Brapa buah perau bala REntap ari Skrang? Amat sampai 80 buah perau karam? Kini bala Rentap rari, agai Ulu Saribas tauka masuk Batang Lupar ke Skrang? Maya tu, bala Iban Skrang ili agi begulai ngau Rentap ka laban udah nya Linggi bisi disbut nyadi wakil Rentap betemu ngau James Brooke ba atas kapal ngau OKP Dana “Bayang” empu?

  20. Kemaya OK Gasing, Renggie ngau Sandum nundokke raja Brooke?

  21. Ngarap ke ulih meri mayuh gik maklumat tentang rentap baka kesan, sumbangan tauka pengajaran agai ktai semua.. mayuh nembiak sekula baka aku tusah ka ngaga folio sejarah laban maklumat kurang mencukupi..

Leave a comment