Maklumat tentang Rentap dalam Buku Teks Perlu Diperbetul


Maklumat dalam Buku Teks Sejarah Perlu Diperbetul.

Buku teks Sejarah Tingkatan 2 Bab 7: Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

1  Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di Sarawak

2  dilahirkan tahun 1800

3  nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’

4   Rentap juga digelar ‘Raja Darat’

5   merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Seperti yang dinyatakan dalam isi nombor 3  nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’. Berdasarkan ayat di atas, seolah-olah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’.  Sedangkan perkataan Rentap itu sendiri yang boleh membawa maksud ‘Penggoncang dunia” / earth turnmoil.

10 responses

  1. Ahmad Shamsuddin | Reply

    1. Bukan penentang British, penentang Regime Raja Brook
    3. Walaupun Rentap diberi digelaran “shaker of the world” oleh penulis2 sejarah modern, gelaran itu tidak wujud semasa era/zaman beliau. Perkataan “Rentab” hanya bermakna “collapse” atau “runtuh”. Asal gelaran “penggoncang dunia” bukan daripada nama “Rentap”
    3. Bukan “Raja Darat”, gelaran yang tepat diguna oleh orang2 Brooke ialah “Raju Ulu”

    1. 1. Bukan penentang British, penentang Regime Raja Brooke
      Ya betul….begitulah, betapa cetek dan celarunya maklumat dalam buku teks sekolah kita
      3. Walaupun Rentap diberi digelaran “shaker of the world” oleh penulis2 sejarah modern, gelaran itu tidak wujud semasa era/zaman beliau. Perkataan “Rentap” hanya bermakna “collapse” atau “runtuh”. Asal gelaran “penggoncang dunia” bukan daripada nama “Rentap”
      3. Bukan “Raja Darat”, gelaran yang tepat diguna oleh orang2 Brooke ialah “Raja Ulu”
      Ya….Dalam bahasa Iban gelaran Rentap berbunyi..

      Libau panggau dara
      Rentap tanah kudi menua (Rentap tanah bermaksud tanah menjadi datar atau rata, akibat kegagahan seseorang…dan kudi menua membawa maksud sesebuah wilayah itu dilanda ribut taufan. Menurut Datuk Seri Edmund Langgu dalam buku Rentap Warrior, Legend and Enigma….Rentap in Iban means “Earth Tremor”, implying that he would have tremulous impact on the people.

      Terima kasih

  2. Dalam b/teks sekolah menengah,Tingkatan Dua-nama Meriam,”Bujang Timbang Berang”,Setahu saya ialah Bujang Timpang Berang.Harap msyarakat Iban harus peka akan hal ini..terutamanya dalam sejarah kita.Ini kerana ada sahaja yang ditukar tanpa pengetahuan kita,contohnya: Tanjung Mani sekarang jadi Tanjung Manis, Similajau sekarang jadi Sama Laju.Ini akan mengelirukan anak muda masa kini tentang sejarah asal usul sesuatu bangsa atau asal usul nama tempat.Apakah pendapat anda??

  3. Totally agree! I will still prefer Similajau instead of the lame name Samalaju!

    1. good idea!!! i agree too…..

  4. Bolehkah sesiapa beritahu asal usul name Similajau? Kawan kawan saya berminat mengetahui lehig banyak tentang Similajau. Kami tak suka nama baru yang teruk itu!

    1. kenapa teruk sangat nama tu ya?????
      i feel something wrong to hear that name……
      where your guys found that ware name???????

  5. kita sepatutnya menghargai rentap kerana telah berjuang untuk negeri kita, tetapi ramai yang tidak menghargai mereka #kasihan….kasihan(rasa bersalah pulak)
    selain daripada rentap kanang anak langkau pun sama
    ok, that all about my reply.
    thank you.

  6. Untuk makluman tambahan pembaca/pengkaji sejarah kawasan Skrang (Sri Aman) – Layar (Betong):

    Sezaman dengan Rentap yang bertahan di puncak Bukit Sadok, ada seorang lagi wira dari Sungai Padeh (anak sungai Layar) di Betong. Namanya adalah Aji, anak bongsu Rekaya Pemancha Dana Bayang.

    Diringkas cherita – Aji dan keluarganya dan juga saudara maranya terpaksa bertahan di puncak Bukit Sadok bersebelahan dengan kubu pertahanan Rentap. Bukit Sadok ada dua puncak yang berbeza ketinggian. Di sebelah hulu sungai Skrang, puncak Sadok lebih tinggi sedikit, mana kala di sebelah hulu sungai Layar, puncaknya rendah. Maka di sebelah hulu sungai Layar inilah nama puncak Sadok adalah Sadok Bebenyut di kalangan Iban kawasan Layar.

    Aji dan pengikut-pengikutnya bertahan di Sadok kerana telah bersengketa dengan Raja Muda Charles Brooke, maka dia menjadi buruan Charles Brooke dan bala tenteranya. Laluan Brooke ke puncak Sadok untuk mendapatkan Aji amatlah sukar, maka Charles Brooke memilih untuk melalui sungai Skrang kerana lereng bukit Sadok adalah lebih mudah. Tetapi laluan dari Skrang telah ‘disukarkan’ oleh Rentap yang bertahan di sepanjang sungai Skrang hingga ke puncak Sadok.

    Aji dan Rentap hanya bertahan di sepanjang sungai di kawasan mereka sendiri, i.e. Aji di Layar, dan Rentap di Skrang. ‘Perjuangan’ mereka tidak bertindih. Oleh yang demikian, jika ada maklumat yang mengatakan Rentap adalah wira di kawasan Skrang sehingga ke kawasan Betong, ianya adalah terpesong, dan begitu juga sebaliknya.

    [Bersambung, jika perlu/atas permintaan …]

Leave a comment