Iban


DALAM sejarah pertembungan etnik Iban dengan etnik Beketan ada dicatatkan bahawa semasa mereka sedang bertempur dalam satu peperangan di Tinting Bukit Kayu Ukir, Entingi ketua kaum Beketan Paku di Saribas  memanggil Tindin, iaitu ketua Iban Skrang dengan panggilan ‘isan’. Apabila dipanggil ‘isan’ yang bermaksud besan dalam bahasa Iban Tindin pun berhenti menyerang, begitu juga dengan para pengikutnya. “Mengapa panggil saya isan, kamu ada anak lelaki bujang?” “Ada” jawab Entinggi.  Peristiwa tersebut mungkin telah membawa kepada perkahwinan pertama antara etnik Iban dengan Beketan. Peristiwa ini juga merupakan titik permulaan bagi perdamaian bangsa Iban dengan bangsa Beketan. Namun demikian, setakat yang saya ketahui tidak ada pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan Iban itu berasal daripada perkataan  ‘isan’ dalam bahasa Beketan tersebut.  Lagi pun bunyi perkatan Isan dan Iban jauh bezanya.

Ivan dalam bahasa Kayan (etnik Orang Ulu) bermaksud pengembara, namun setakat yang diketahui tidak ada pandangan yang menyatakan bahawa nama kaum Iban berasal daripada istilah ivan kaum Kayan tersebut.  Bagi orang Iban, perkataan iban itu merujuk kepada orang atau manusia.  Contohnya, “Apu! mayuh amat iban di pasar sari tu” (“Wah!, ramai sungguh orang di bandar pada hari ini”).  Perkataan iban dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada orang yang ramai dan bukannya merujuk kepada orang Iban sahaja, tetapi termasuk semua orang yang ada di pasar tersebut. Namun demikian, kini perkataan Iban itu secara rasminya merujuk kepada kaum Iban.

Sebenarnya kaum Iban tidak pernah mengenali mereka sebagai dayak laut atau sea dayak. Mereka juga tidak pernah suka dan tidak akan suka dikenali sebagai Dayak Laut @ Sea Dayak.  Hal ini adalah kerana istilah tersebut tidak tepat dan kurang sesuai kerana tradisi, budaya dan kehidupan orang Iban adalah berkaitan daratan bukannya budaya maritm. Sesungguhnya terminologi dayak laut atau sea dayak itu mula-mula digunakan oleh orang Barat kerana terpengaruh dengan kisah kehebatan pemimpin Iban Saribas yang bernama Unggang Lebur Menua. Walaupun Unggang yang hidup kira-kira 100 tahun sebelum kedatangan James Brooke namun kehebatan Unggang dalam mempertahankan Nanga Layar dan perairan di sekitarnya daripada serangan orang Ilanun dan Bajau dari Selatan Filipina dan Sabah kekal memberi reputasi orang Iban sebagai kaum yang hebat di laut. Unggang yang disifatkan sebagai ‘The First Sea Dayak’ pada zaman kegemilangannya dikatakan pernah menguasai perairan dari Nanga Layar (Saribas) hingga ke Kuala Rajang dan seterusnya ke Nanga Sarawak (Muara Tebas). Namun begitu, setelah kematian anak-anak Unggang kuasa Iban Batang Layar berpusat di Padeh di bawah pimpinan Orang Kaya Pemancha Dana Bayang.  Begitu juga dengan Batang (Sungai) Layar mula dikenali dengan nama Batang Saribas hingga kini kerana Temenggung Kadir yang mendiami sungai Saribas, iaitu sebatang sungai kecil yang bermuara di Batang Layar lebih terkenal daripada anak cucu Unggang.

Sebenarnya Unggang telah mengadaptasi ilmu pelayaran orang Balanini, Bajau dan Ilanun dari Sabah dan Selatan Filipina yang sering melanun di perairan Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1700-an. Sebelum ini kapal dan laut adalah begitu asing bagi orang Iban. Dengan perahu perang yang dipanggil ‘bangkong’ orang Iban mampu belayar sejauh 800 batu dari tepi pantai. Dalam hal ini, pada pandangan saya penggunaan istilah Sea Dayak atau Dayak Laut dalam merujuk kepada kaum Iban sudah patut dimansuhkan sejak dari awal lagi.

Kaum Iban kini sebanyak kira-kira 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami seluruh dan daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat hingga ke Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudah aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat sesama mereka.

Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima atau mengakui agama Kristian sebagai pegangan, tetapi pada masa yang sama mereka masih mengekalkan nilai adat resam animisme dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Namun demikian bagi sesetengah orang Iban agama Kristian hanyalah sebagai kosmetik dan bersifat luaran semata-mata, kalau diperhatikan ramai antara mereka yang berbaris untuk membeli nombor ekor sekembalinya dari gereja pada hari Ahad atau sebaik sahaja selesai sembahayang di gereja pada Hari Krismas. Selepas itu mereka membeli ‘tabas’ untuk dipanggang dan minum-minum sampai mabuk, sedangkan mereka tahu bahawa judi dan arak itu adalah haram bagi orang Kristian.  Namun begitu, orang Iban amat mementingkan maruah dan harga diri, walaupun mereka minum arak dan berjudi amat jarang anak-anak muda Iban yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah dan menghidu gam.

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Krian, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang dketuai oleh ketua kampung yang dipanggil tuai rumah. Kebanyakkan Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar di seluruh negeri Sarawak.  Kini banyak juga orang Iban yang telah menetap di Johor, terutamanya di sekitar Masai. Ramai juga mereka merantau bekerja di Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura.  Orang Iban ini sungguh rajin, bak kata pepatah Melayu, benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung, jatuh ke laut menjadi pulau.  Begitu juga orang Iban, tanpa mengira tempat mereka berada, orang Iban tetap boleh hidup berdikari tanpa meminta belas kasihan orang.  Oleh itu, kita jarang melihat orang Iban yang mengemis. Selain itu, orang Iban juga mudah mendapat kepercayaan ketua atau majikan kerana mereka berani, amanah, jujur dan begitu komited dengan tugas yang diberikan kepada mereka.  Seterusnya, orang Iban juga amat setia kepada ketua dan berpegang teguh kepada janji sereta prinsip hidup. Oleh sebab itu mereka sering kali dieksploitasi oleh orang-orang politik untuk menjaga kepentingan diri.

Tradisi

Pada zaman dahulu tradisi orang Iban adalah menyimpan tempayan yang dipanggil tajau dan barang-barang tembaga.  Harta pusaka tersebut  diwarisi turun-temurun, bernilai dan sesetengahnya dianggap suci, dan dihomati. Tamsilannya, tajau boleh dugunakan untuk membayar hukuman dan denda. Namun demikian, tajau yang dahulunya diperoleh secara tukar barang dan dibeli dengan wang ringgit kini tidak lagi dilhat sebagai barang yang bernilai oleh generasi muda. Pada masa dahulu untuk mencari tajau, nenek moyang orang Iban yang gagah berani sanggup merantau ke Melawi, Banjarmasin, Sukadana, dan Pontianak di Kalimantan. Malahan ada juga orang Iban yang sanggup pergi ke pulau Sumatera. Sebahagian lagi merantau ke Sabah untuk mencari harta pusaka yang menjadi kebanggaan orang Iban pada waktu itu.

Perayaan Gawai

Perayaan Gawai tidak boleh disamakan dengan Pesta Menuai bagi masyarakat Sabah kerana kebanyakan pesta gawai Iban tiada kaitan dengan musim menuai. Jenis-jenis gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini.  Setelah merdeka dengan membentuk negara Malaysia (bukan masuk Malaysia) pada 16 September 1963 kaum Dayak tidak ada perayaan yang menjadi identiti mereka maka kerajaan Sarawak menetapkan Gawai Dayak khusus untuk kaum dayak di Sarawak. Hari Gawai Dayak pertama kali disambut pada 1 Jun 1965. Namun begitu hanya kaum Iban dan Bidayuh sahaja yang begitu mementingkan Gawai Dayak, sementara kaum dayak yang lain tidak menganggap gawai dayak ini sebagai perayaan mereka. Pada masa dahulu, tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai Dayak, tetapi kini aktiviti berkaraoke dan menari poco-poco telah menjadi antara acara utama semasa Gawai Dayak.  Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Pada tahun-tahun awal dirayakan hinggalah ke tahun-tahun 1990-an Gawai Dayak tidak akan lengkap, sekiranya tanpa Tuak. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras, tetapi pada era globalisasi ini arak dan beer adalah antara minuman yang mesti ada, selain rokok murah yang diseludup atau rokok tiruan yang boleh dibeli dengan harga RM2.00. Rokok ini begitu senang didapati di seluruh Sarawak.  Antara jenama rokok yang terkenal ialah Menara, Era, Parkway dan Rave.  Oleh sebab  harga rokok ini murah, orang Iban tidak pernah merungut apabila harga rokok naik setiap tahun.

Bahasa dan Sistem Tulisan

Bahasa Iban mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam atau homogenous, iaitu semua Iban di serata dunia ini boleh berhubung dengan bahasa Iban. Walau pun bahasa Iban mempunyai banyak dialek, namun semua Iban dapat memahami dan boleh berkomunikasi dengan Iban yang berlainan dialek.  Selain itu orang Iban juga tidak mengalami masalah bahasa yang banyak apabila berhubung dengan orang suku Mualang, suku Ngaju, suku Bugau, suku Kantu, suku dayak Desa Seberuang dan Sekubang dan suku dayak Maloh di Kalimantan, Indonesia. Di Sarawak, hanya ada sedikit perbezaan di antara dialek Balau dan Sebuyau dengan dialek Iban yang lain.

Orang Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai system tulisan tersendiri yang disebut ‘Papan Turai’. Namun begitu, papan turai bukanlah sistem tulisan dalam erti kata yang sebenarnya.  Papan turai tidak lebih daripada cara mencatat sesuatu peristiwa dan hanya difahami oleh pengukir atau orang berkaitan dengannya sahaja.

Dalam tahun 1947 Dunging pengasas Sekolah Sera Gunting dari Nanga Ulai, Rimbas mencipta 77 simbol yang mewakili  bunyi phonologikal dalam  Bahasa Iban. Dalam masa 15 telah berusaha untuk mengemaskini huruf ciptaannya untuk mengelakan pertindihan. Antara kelebihan huruf Dunging ialah dapat membezakan perbezaan sebutan antara dua perkataan yang sama ejaannya, terutamanya huruf A. (mata dan mata’ -mentah).  Dalam tempoh 15 tahun Dunging telah mengurangkan huruf Iban Dunging daripada 77 menjadi 59 huruf.  16 huruf konsonan dan selebihnya (43) huruf vokal  kluster dan  dan diftong. Sesuatu yang menarik tentang Huruf Dunging ini ialah huruf atau font tersebut yang dinamakan LaserIban telah dicipta bagi perisian komputer untuk Windows dan Macintosh.

Orang Iban mempunyai tradisi ‘betusut’ atau mengkaji salasilah keturunan. Melalui tradisi ini mereka dapat merujuk keturuan sehingga 20 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting.  Satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah ‘Battle of Beting Maro’ (1849) yang merupakan pertempuran terbesar pertama etnik Iban dan Melayu Saribas  menentang penjajah di alam Borneo.

4 responses

  1. carry on the good work done here!

  2. O ya mau tau ttg sea dayak? Gini lah storynya, 1st time sir james brooke arrive in sarawak, he is not going to kuching but james beruk arrive at nanga mukah. Jamesberuk 1st time meet the native in mukah and calling them dayak, it is ( melanau ) and melanau nggk mau digelar sbg sea dayak oleh sir james beruk dan brikutnya james beruk belayar lagi pakai the steamer ship ( princess diana ) and finally james beruk arrive at kuala sarawak, the land under the ruler of the brunei sultanate call sultan api api moyang ke 7 sultan brunei sekarang. James beruk meet with the ibanic tribes then gives this title ( dayak laut ) to them, as far as i heard before, the iban is really fierce and a brave warrior, but they are not attack peoples before peoples attacked them that why iban 1st is always welcoming their guest that make iban is 1st writen by the english man james beruk as the good manner and so exellent more than other tribes in the land of horbill. Ok kalau mau tauk, di sumatera itu, bangsa batak adalah dipercayai sbg asal usul nya adalah bgsa iban yg lahir dari bapa mereka ( banjar ) dan banjar itu adalah nama panglima kiri ( madjapahit ) pada satu masa dulu dan banjar adalah bangsa iban. Banjar meninggalkan madjapahit dan berpindah ke kalimantan. Knapa bahasa melayu punyai banyak persamaan dgn bahasa iban? Ini menurut lajenda, bahasa iban yg asal adalah bahasa melayu.

    Apa yg saya tulis disini tidak boleh dijadikan fakta karna ia di prolehi dari cerita mulut ke mulut.

    1. Its James Brooke not Jamesberuk

    2. Dayak borneo | Reply

      Haha,ternyata kamu bilang asal bahasa iban adalah bahasa melayu satu kenyataan yang tak tahu sejarah.Umum mengetahui bahawa bahasa iban adalah master of langguage,Malah bangsa iban diiktiraf pakar barat setaraf dengan tamadun Yunani.Sebelum kaum melayu datang ke pulau bormeo orang dayak iban sudah lama tinggal di tanah borneo.Bukti artifak tengkorak tay dijumpai di gua niah sarawak yang berusia 40000 tahun disahkan milik suku dayak iban .Ini membuktikan suku dayak iban adalah tamadun awal manusia di xaman batu lagi

Leave a comment