Kejatuhan Rentap dan Iban Kini: Sejarah, ubat yang pahit untuk ditelan


Sejarah umpama guru kita, sejarah yang pahit mengajar kita mencari kemanisan

Faktor-faktor kejatuhan Rentap dan relevannya dengan Iban kini.


1.   Faktor  kekurangan ilmu pengatahuan.

Daripada segi ilmu pengetahuan, siapalah Rentap dan orang-orangnya jika dibandingkan dengan James Brooke dan para pembantunya. James Brooke yang dilahirkan pada 29 April 1803 di Banares, di India. Ketika itu bapanya sedang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Pada usia dua belas tahun James Brooke telah dihantar bersekolah di England.

 

Semasa beliau belajar secara kebetulannya pelajaran itu telah diwartakan sebagai satu pengukuran pangkat dalam tentera Bengal bagi tahun 1819.  Selepas tamat pengajian James Brooke juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Perang Inggeris-Belanda yang pertama dalam dan pada awal tahun 1825, James Brooke telah mendapat cedera parah lalu dihantar pulang ke England.

 

Begitu juga dengan anak saudara dan penggantinya Charles Brooke;

 

Charles Anthoni Brooke was born on June 3, 1829, at Berrow Vicarage near Burnham, Somerset, England. His father was The Rev. Francis Charles Johnson and his mother Emma Frances, younger sister of Sir James Brooke.

Charles was educated at Crewkeme Grammar School and entered the Royal Navy on January 18, 1842. He served in HMS Wolverine where he was promoted to Midshipman in 1844 and transferred to HMS Dido where he was commissioned sub-lieutenant in 1847. By 1852 he had risen to the rank of lieutenant and made a career change when he adopted the name of Brooke and entered the service of his Uncle James, then Rajah of Sarawak.

 

Dengan ilmu dan kebijaksaan merekalah James Brooke dapat memanipulasi orang Iban supaya menyokongnya. Begitu juga dengan orang-orang Iban, kerana kekurangan Ilmulah mereka semakin lama semakin ramai berpaling tadah menyokong James Brooke, bukannya disebabkan kekurangan keberanian.

 

Namun demikian, adalah mustahil untuk menyamakan ilmu pengetahuan Rentap dengan ilmu yang ada pada orang Iban kini. Lebih dangkal lagi sekira nya kita mengatakan bahawa Rentap dan para pengikutnya tidak berilmu langsung, kerana secara amnya orang-orang Rentap sudah terbukti mahir berperang di laut, sungai atau di darat, seperti dalam petempuran di Kerangan Peris, Nanga Skrang dan Beting Maru serta seperti yang mereka lakukan di Pontianak, Sambas dan Singkawang (1840-an).

 

Selepas hampir 140 tahun pemergian Rentap, faktor kekurangan ilmu pengetahuan ini masih lagi membelengu sebilangan besar orang Iban sehingga kini. Misalnya, jumlah kemasukan orang Iban ke universiti masih kurang.  Begitu juga dengan orang Iban yang menduduki jawatan-jawatan penting di universiti dan perkhidmatan awam yang lain boleh dihitung dengan jari.

 

Pada penghujung era kolonial sehingga ke awal kemerdekaan (1963-1970), faktor kekurangan ilmu dalam kalangan orang Iban ini tidak begitu ketara. Hal ini adalah kerana orang Iban merupakan golongan majoriti dan kaum lain yang berilmu masih kurang pada ketika itu. Namun demikian, saya lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlantikan Dato’ Sri Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri pertama lebih kepada disebabkan faktor orang Iban majoriti di negeri ini, bukanya faktor ilmu.

Begitu juga dengan penggantinya Datuk Tawi Sli, kerana faktor kekurangan ilmunya juga, menyebabkan beliau telah dijadikan sebagai batu loncatan sebelum orang lebih berilmu menguasai pemerintahan. Kalau berpaksikan faktor majoriti sudah tentu kuasa masih lagi di tangan kita, tetapi oleh kerana kita kekurangan ilmu, kuasa itu terpaksa kita serahkan kepada orang yang lebih berilmu, walaupun mereka minoriti.

Namun demikian, persoalannya di sini haruskah kita terus menyalahkan orang lain kerana orang kita kekurangan ilmu? Jawapan saya, ringkas TIDAK. Mengapa? kerana ilmu bukannya disimpan oleh orang lain atau pemimpin-pemimpin politik.  Kalau kita tidak menyokong parti-parti politik tertentu kita mungkin tidak mendapat projek jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, atap zink, plywood atau anak ayam (projek rumah panjang beberapa tahun dahulu), tetapi ilmu tetap anak-anak kita boleh dapat dengan adanya sekolah, skim pinjaman buku teks percuma, asrama dan makanan percuma. Walaupun adanya semua ini, namun masih ramai anak-anak kita yang tercicir dan gagal dalam pelajaran sehinggakan jumlah kemasukan orang Iban ke universiti masih kurang.  Begitu juga dengan orang Iban yang menduduki jawatan-jawatan penting di universiti dan perkhidmatan awam yang lain boleh dihitung dengan jari. Adakah hal ini disebabkan sabotaj pihak lain?  Bagaimana orang kita boleh ramai di universiti atau dilantik memegang jawatan tinggi jika sekiranya tidak ada yang layak.  Kalau kita berilmu sudah tentu akan dipandang tinggi oleh orang lain, misalnya Dato Sri Idris Jalla, berderet-deret jawatan menanti beliau kerana ilmunya.

Pengajaran daripada kegagalan Rentap yang ingin saya kongsikan di sini ialah kita mesti mengubah persepsi bahawa kegagalan kita adalah disebabkan oleh orang lain.  Kita tidak boleh terus menyalahkan orang lain, cermin diri sendiri dan berilah pendidikan yang sebaik-baiknya kepada anak-anak kita. Penghalang kita bukanlah orang lain, tetapi diri kita sendiri.  Saya percaya, ramai dalam kalangan kita, mungkin juga termasuk saya sendiri tidak merungut kerana tersalah ‘tikam’ nombor 4D , Tot0 atau Sarawak Turf Club (beratus ringgit) tetapi liat untuk membayar yuran PIBG, ongkos tusyen dan membeli buku untuk anak-anak.

Saya bukanlah nak tunjuk bijak, pandai dan baik, tetapi ingin mengajak kita merenung akan hal ini serta mengambil iktibar daripada kegagalan Rentap.  Selain itu, oleh kerana kekurangan ilmu dasar perjuangan Rentap lemah dan tidak dapat bertahan lama kerana organisasinya tidak tersusun. Sehingga kini tidak tahu siapa pembantu-pembantu Rentap dan siapa pemimpin yang patut menggantikan Rentap sekiranya beliau gugur dalam perjuangan. Oleh sebab, kekurangan ilmu, Rentap dan para pejuangnya hanya menentang ‘ nyabung ati berani’ sahaja.  Lebih malang lagi faktor kekurangan ilmu ini juga turut membawa kepada  masalah kekurangan sumber kewangan, ketiadaan askar terlatih dan senjata yang lebih moden.

Faktor kedua:

2.     Orang Iban tidak bersatu.

Satu lagi faktor penting yang membawa kepada kegagalan Rentap ialah kerana orang Iban telah bukan sahaja berpecah-belah malahan telah bermusuhan sejak sebelum James Brooke datang ke Sarawak. Pada awal kedatangan James Brooke orang Iban terbahagi kepada  kelompok Skrang-Saribas yang saling bermusuhan dengan Iban Undup-Banting -Lingga – Sebuyau (Lundu). Setelah James Brooke mula berkuasa dan bertindak terhadap penentangnya, orang Iban semakin berpecah.  Misalnya Iban Skrang telah terbahagi dua, di mana Iban Ulu Skrang menyokong Rentap dan Iban di hilir Skrang di bawah pimpinan Orang Kaya Gasing, Sandom dan Bulan Genaya menyokong James Brooke.  Begitu juga dengan Iban Saribas, setelah kematian Aji, saudaranya Nanang dan Luyoh telah dieksploit oleh Charles Brooke supaya berpaling tadah.

Iban di Saribas telah berpecah kepada kelompok Bunyau apai Bakir dan adiknya Maoh di hilir Saribas yang menyokong Kerajaan Brooke dan Aji anak OKP Dana Bayang di Hulu Layar yang masih ingin terus menentang Brooke.  Bunyau apai Bakir adalah cucu kepada Unggang Lebor Menoa pemimpin yang menjadi pelopor kebangkitan Iban Layar kira-kira 100 tahun sebelum kedatangan James Brooke. Setelah kematian anak-anak Unggang Luta, Mulok dan Ketit dalam eksepedisi ke Pulau Belitong kuasa Iban Batang Layar beralih ke tangan OKP Dana Bayang di Padeh.  Ironinya, setelah beberapa keturunan cucu-cucu Unggang agak kurang menonjol di Saribas akhirnya berjaya dipujuk oleh James Brooke untuk memihak kepadanya dalam menentang anak-anak Dana Bayang yang diketuai oleh Aji@Saji. Begitu juga dengan Linggir Mali Lebu dan Minggat, pemimpin Iban Paku dan Kalaka yang paling berpengaruh di Kalaka-Saribas walaupun pernah menjadi sekutu Aji dan Rentap dengan rela hati menyerang orang orang Iban di Jaloh (Tembawai Jaloh Alah), kerana mereka sering membekalkan garam kepada orang-orang Rentap di Bukit Sadok.

Perpecahan dalam kalangan orang Iban semakin parah setelah OKP Nanang dan adik-adiknya tunduk kepada kerajaan dan tidak mahu lagi bersama Rentap di Bukit Sadok.  Menurut Edmund Langgu, kejayaan Charles Brooke mengalahkan Rentap dalam ekspedisi Sadok yang Ke-3 1861 adalah kerana Rentap dikhianati oleh Iban Layar kerana dalam dua ekspedisi termasuk kejayaan Charles Brooke 1861 adalah melalui Batang Layar manakala dalam ekspedisi Sadok yang pertama Charles Brooke melalui Batang Skrang. Ironinya, kebangkitan kuasa Iban Layar-Saribas dimulakan oleh Unggang Lebor Menua, tetapi kemudiannya semakin lemah apabila cicit Unggang, Bakir di Hilir Layar memihak kepada James Brooke untuk menhgapuskan anak-anak OKP Dana Bayang di Hulu Layar.  Begitu juga dengan kejatuhan Datuk Stephen Kalong Ningkan dan Parti SNAP juga bermula di Layar.  Dalam hal ini, seperti faktor pertama, kekurangan ilmu, haruskah kita menyalahkan orang lain kerana melakukan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas kita. Mengapa kita boleh dengan sewenang-wenangnya dipecah dan diperintah.  Kalau kita bersatu tidak ada sesiapa yang boleh memecah dan merintah kita.  Kita mudah dipecah dan diperintah adalah kerana kita memang sedia berpecah sehingga ke hari ini.  Lihatlah dalam politik orang Iban berpecah kepada beberapa buah parti politik.  Parti politik Iban yang kuat seperti SNAP dan PBDS boleh dikatakan hanya tinggal nama sahaja.  Siapa yang memecahkan kita dan mengapa mereka boleh berbuat demikian?  Jawapan yang harus kita terima ialah, kerana kita tidak bersatu hati dan mementingkan diri.

Sejak dahulu lagi kita tidak pernah ada pemimpin Iban yang dilihat sebagai pemimpin Iban secara keseluruhannya. Kita pernah ada Stephen Kalong, walaupun beliau Ketua Menteri Sarawak tetapi tetap dilihat sebagai pemimpin Bahagian Kedua. Kita juga ada Tun Jugah, menteri Persekutuan dan Tan Sri Jabu, Celistine Ujang, Dr. James Masing, Dunstant Endawie, Edmund Langgu, Gramong Juna dan Wiliam Mawan yang dilihat hanya mewakili kelompok kawasan masing-masing. Setakat yang saya ketahui pada era moden ini belum pernah muncul pemimpin Iban yang boleh memimpin secara total.  Kalau saya silap tolong betulkan.

Satu sebab, mengapa kita begitu senang dipecah dan diperintah adalah kerana faktor sikap kesetiaan kita kepada pemimpin, terutamanya generasi yang terdahulu daripada kita.  Golongan ini begitu setia kepada pemimpin dan amat jarang kita dengar mereka menemplak pemimpin malah nama-nama seperti Endawie, Langgu, Leo Moggie dan beberapa lagi yang lain masih menjadi idola dan sering disebut-sebut hingga kini.  Daripada konteks perpaduan dan keharmonian, faktor kesetiaan kepada pemimpin ini memang baik tetapi yang menjadi tidak apabila ada pemimpin yang bersikap mengambil kesempatan (orpotunis) dengan kedudukannya.  Hal ini adalah kerana pemimpin seperti ini senang untuk diperalatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.  Pihak-pihak tersebut hanya perlu mengambil hati pemimpin Iban tertentu dengan menjanjikan jawatan, kontrak dan sebagainya, anta  contoh klasik yang sinonim dengan ini ialah tunduknya pemimpin hilir Skrang seperti OK Gasing, Sandom dan Bulan Genaya.  Apabila pemimpin-pemimpin tersebut menyokong James Brooke, secara langsung para pengikut mereka juga akan turut serta.

Charles Brooke sejak awal-awal lagi sudah dapat membaca sikap kesetiaan kepada pemimpin dalam kalangan orang Iban dengan melantik beberapa orang pemimpin seperti OKP Nanang, Pengarah Ringkai, Penghulu Dalam untuk memegang jawatan tertentu kerana menyedari betapa senangnya mengawal Iban melalui pemimpin mereka. Bagi era moden ini barang kali Peristiwa Ming Court 1987 sangat sesuai dijadika contoh bagaimana pihak tertentu dapat menggunkan faktor kesetiaan kepada pemimpin ini  untuk terus memecah dan memecah-belahkan kita.  Selain itu, para pemimpin Iban sendiri, terutamanya orang politik juga sangat bijak memanipulasi kesetiaan orang kepada pemimpin ini, mereka hanya perlu menjaga hati pemimpin bawahan seperti AJK parti, Penghulu, Tuai Rumah, kaunselor dan JKKK.

Kesimpulan.

Memang banyak faktor yang telah membawa kepada kegagalan Rentap, namun kedua-dua faktor yang telah dihuraikan di atas begitu penting. Sebenarnya  survivor perjuangan Rentap pada peringkat awal adalah kerana mereka bersatu walaupun mereka kekurangan ilmu. Iktibarnya di sini, supaya orang kita terus relevan dan maju seriring dengan orang lain ialah kita mestilah berilmu dan bersatu.  Bersatu maksud saya di sini, bukan hanya bersatu sesama Iban sahaja, tetapi kita mesti bersatu dengan seluruh rakyat Malaysia.  Kalau hanya bersatu dalam kelompok kita sahaja kita akan menjadi semakin kecil, kerana kita adalah minoriti dalam kelompok yang lebih besar. Dalam hal ini, kita bukan sahaja minoriti daripada segi demografi tetapi minoriti daripada segi penguasan ilmu dan sudah tentu ini akan menyebakan kita terus lemah, tersisih dan terus terpinggir dari arus pembangunan.




28 responses

  1. Wai kaban…ba pelaba kau..Rentap ukai gagal tapi berjaya…nama kebuah ??? mayoh2 pejuang kemerdekaan semina Rentap aja ulih ngetan ka serang British sampai kali ke-3 baru ia alah, nyak pen Rentap agi ulih ngelari ka diri ngagai kanowit…nie bala laut, sabah bukai ka digelar pejuang kemerdekaan bisi ulih ngelaban British baka Rentap ??? So Rentap is the most successful `pejuang kemerdekaan` among other people…mupok aku

    1. amat jaku dek kaban

    2. Lan peter ujang | Reply

      Setuju ba pemerani banding ngau bangsa bukai… rentap alah perang .. kenu ko cerita aki aku.. ukai alah ketegal ngelaban janes brooke.. tang alah ketegal bangsa iban empu.. ngalih nyaup britis lalu nyerang rentap..
      Dikumbai .. pengkhianat.. laban alah dipujuk britis.. reti jako diatu Rasuah

    3. amat ko dik kaban

  2. kedulu agi… aku meri besai terima kasih agai penulis laban utai ka dibantai , utai ka kenang & topik ka dikunsi tu badas amat. ia ulih nangkat ka semangat kelebih agai bansa kitai iban. ba penemu aku ba menua moden tu sigi betul nama utai ka dpadah ka nuan nya. laban ka kurang besatu ati enggau ilmu pgetahuan meh kitai tu tau dikumbai agi dikemeli ba bansa bukai / agi tinggal ari segi pbangunan. nama kebuah baka nya. laban kitai enda seati ia ka enda nemu utai lalu enda nemu meh laban ia ka nemu enggai enda entu ka madah / ngajar. laban tudah nadai utai ka bisi sapa ka . nyak siti ari kabuah kitai enda bersatu.

    nyadi ari segi jaman rejim brooke ba sarawak tu tau dikumbai petara agai kitai menua sarawak.
    nama kebuah aku madah baka nya laban enti nadai bansa ribai tu kada ndak mimit suku kaum kitai tu nyau abis bekayau kin kitu. ketegal sidak bisi ga memimit bansa kitai nyepi utai ka dikumbai dunya moden. taja pia terima kasih agai pejuang kitai, baka rekaya dana, linggir mali lebu, rentap, okp nanang sereta ka bukai laban nangka ulih ngetan ka menua.

    1. athanasius lemambang | Reply

      nang amai munyi ka nnn tu ungal…..enti kitai iban begerempong ngaga siti party baka umno…..cge teguh kitai. ba penemu belajar age ulih d itung meh bangsa kitai iban ka kala bulih sekula tingi ba universty…….

  3. Jang (Uchu Ini) | Reply

    Hai,nama berita nuan diatu uchak? Pengudah berserara ba SMK Saratok suba nadai nemu berita pangan diri.Manah amat utai ti dikenang nuan. Aku arapka semua utai nya tau pulai lalau kelebih agi nagagi kitai Iban ti apin enchelak pasal pemesai guna pemandai enggau ati begempung enggau pangan diri. Sangka aku nadai kitai madahka Rentap nya ukai “pejuang” tang utai ti dipadahka iyanya pasal kebuah Rentap alah lalu sangkut pengalah Rentap enggau runding sereta pendiau kitai Iban kediatu. Manah amat kenang nuan uchak. Kitai Iban kediatu lalu bedau bisi tuai ke endang bendar-bendar ulih nyadi tuai laban semina deka ngulihka utai ungkup diri. Nya meh kebuah kitai Iban nyamai dipechah sereta sepeneka orang ngaga laban enda berani “nyuluk sarang gamang” lalu nitihka orang belakang belama. Minta ampun enti kasar munyi. Terima kasih.

    1. Munyi ka aku. Sejarah ubat ti pait, laban ubat ka bisa selalu iya pait. Tang tuai-tuai kitai selalu ka nyenyamaika ati tuai ka atas sida iya. Bala tuai-tuai rumah enggau penghulu maya ka berandau enggau YB semina ngenang utai ka ngenyenangka ati YB enggaika enda bulih pangkat tauka duit. Pia mega bala YB kitai mayaka bejaku enggau Taib tauka bala menteri pia mega, nadai ngenang penusah bansa, lalu nandi ngenang chara deka ngemajuka bansa.

      1. nya sigi amt enti bala tuai rumah nma mda bala YB bunuh k babi
        enti bala diri ampu mtaK TULUNG mdah ndai ari myuh kja mh.
        nya ktai iban enda entu ulih maju..
        siti agi nma ktai iban udah kaya engai mda bla k enda entu bulih utai mh
        alu engai nulung cda ia…. enda kasih k bansa diri ampu nma udah bc utai .

      2. Enda ibuh interbiu….nadai utai ka baru….tauka pansik aku empu……aku pan bulih info ari bub bacha…enggau internet…baka Sarawak Museum Journal…articles2…enggau bup Rentap : warrior, legend and enigma / James Ri[t]chie with Edmund Langgu…..https://trove.nla.gov.au/nbdid/44558190

        Kumpulan Novel: Libau Rentap, Bukan Penyerahan
        Jais Sahok

        Cikgu Usop Umbar mega bisi nulis jerita/novel Rentap

        Terima kasih….

  4. salam semua balan kaban……aku udah macha semua utai ka tulis kitak,nang amat munyi jako kitak?enti kitai semua udah nemu semua utai nm kebuah kitai enda angkat nganti bila????bial agi kitai ka ngkat ka bgsa kitai….awak ka org nemu spa kitai iban,,,,aku arap kitai ulih bersatu ati,bru kitai ulih megai negeri kitai ndi org agi ngumbai kitai bodo enda nemu utai….anang kitai ngarap org mansang ka negeri kitai……..kitai ulih.iban ulih,enti ku bisi salah jako minta ampun bala kaban…….aku ka mai kitak mantai ka penemu tok dalam fb ku kitai iban…awk ke kita ulih mantai semua penemu tok enggau semua bala ka ngumbai diri bgsa iban

  5. pasun mangah | Reply

    aku enda mayuh jaku tang aku stuju.aku ti ada endang pegai petara kaki jari.kemaya tu aku ka nyerakup ka iban.tang semuanya sedap mulut engau ati aja ka mikir. tang enda apa anti aja bisi ila da.ukai petera enda mandung engau ngintu kitai iban.meda kitai diperinsa bansa bukai. AMEN

  6. saya setuju dengan pendapat dan pandangan anda. lemahnya sesuatu bangsa itu bukan kerana majoriti atau minoriti, akan tetapi kerana kekurangan ilmu. kalau bangsa itu ayik duk fikir toto, main nombor kuda, main segala macam yang melarakan fikiran dan mengemosikan nafsu, sedangkan akal kosong makan senanglah bangsa lain dan etnik lain menjajah kita. ilmu penting dan dengan ilmulah jepun meneroka dunia baru dan maju ke hadapan.

  7. saya setuju dengan pendapat dan pandangan anda. lemahnya sesuatu bangsa itu bukan kerana majoriti atau minoriti, akan tetapi kerana kekurangan ilmu. kalau bangsa itu ayik duk fikir toto, main nombor kuda, main segala macam yang melarakan fikiran dan mengemosikan nafsu, sedangkan akal kosong makan senanglah bangsa lain dan etnik lain menjajah kita. ilmu penting dan dengan ilmulah jepun meneroka dunia baru dan maju ke hadapan

  8. bala menyadi.ba aku rentap nya siko ari pahlawan kitai t tebilang.ia pan ka ngetan ka menua ia empu.nya laban maya sida.diatu dah maya kitai,aku arap kitai iban t dah mayuh penemu ngau berani pan bisi semengat baka rentap mansang magang ngetan ka menua sarawak ngau semua pengering kitai awak ka bansa kitai enda alah laban bansa bukai t bisi niat ati ka megai,merintah kitai ngau politik,ekonomi.dah mayuh bansa kitai iban t dah nyadi menteri,dah bisi pangkat besai ba perintah.awak ka kitai bejako ngau terang ngau anang takut ulih ngari ka kitai iban ngetan ka tempat,menua nngau kuasa sama bela bulih baka bansa bukai…anang aja kitai iban agi mayuh ati dengki,begedi,bemunsuh ngau sama iban….mansang semua kitai ulih bejako baka melayu ba semenanjung.enda ulih jaku melayu kitai jako iban madah ka nama utai ba ati kitai.

  9. minta ampun enti bisi salah sebut, tang amt,kitai iban diatu kelalu ndar, beri kerajaan RM 10 lalu udah meh kitai lari, kelabih agi bansa kitai Iban kelalu mudah dibeli bansa bukai,uki ngambi banding enggau bansa bukai, sida beserakup dalam semua pengawa, nda ngira ruang bilik ni…enti kitai Iban jauh ke nulung bansa diri empu,ka agi ke makai duit.. enda ibuh jauh,terus terang baka bala pala manteri kitai Iban, jauh ke mantu bansa diri empu, maya orang bepilih ngundi, baru ka ngayan ke mua diri, kin kia isin isin ngami dikumbai orang bisi nulung rayat, tang ke bendar makai duit rayat ke mayuh agi, sentang penyerakup bansa kitai, endang jauh lari, uji peda enti bisi belaya lalu ranjur ka bebunuh, nadai meh terunding mimit ka ngemaruh ke ati minta ampun… berunding meh kita..

  10. jubin mentin menoa | Reply

    Rentap ukai alah tang menang, ukai ketegal nadai manok sabung, ukai nadai urang ka nganti, ukai ketegal nadai penemu…nemu kita kaban nama kebuah aku madah bakanya?????? Sapa kitai ti berandau ditu? Enti nadai Rentap sapa urang muka rundingkitai diatu? Sapa urang ti tau bejako ka menua enggau bansa kitai enti ukai kitai tu…..Rentap ti nunjuk ka kitai kini penungga kitai sebansa….gempung meh bansa kitai

  11. sinu ga aku meda,ninga bala kitai iban digaga bangsa bukai baka manok indu,nadai berani ngelaban baka tuai kitai kalia. Bala Rentap kalia berani amat,Iban kalia berani amat.Kadiatu nadai agi aku nemu bala kitai iban berani,seati,betulong ka bangsa diri,negi ka bangsa kitai.Kitai iban diatu dikumbai bangsa bukai KELAS KE-2, minta ampun aku ti salah jako.bakani kitai ka kuat,cara senang aja,satu ati,tulung bangsa kitai,anang ngarap ka bangsa bukai ngemaju ka kitai,enti iban nda nulung iban,nadai bangsa bukai ulih nulung kitai .orang politik diatu nda ulih d karap,sida ukai ka ngemaju ka bansa diri,tapi berebut ka nyadi YB dikena ngaya ka diri,berebut ka nyadi kepala,ujung2 sida kaya,rakyat di baruh tetap miskin.Sida bulih contract besai2,bisnes kadiri empu serta bala anak,menyadi senang magang.Aku nanya bansa kitai empu berapa iko iban bisi bisnes ka manah,doktor,lawyer,arkitek,last sekali berapa maioh kitai iban belajar universiti? tanya bala kitai iban semua……kitai nembiak baru patut sedar perkara tu,ti YB nda ulih nulung kitai,its fine,anang nyukung iban ka bakanya,giga iban ka manah,ka nulung bansa diri,pelaba aku,nda patut dalam sejuta iban nadai siko manah.bisi….. purih kitai iban kalaia berani,kering,seati betulung ka bansa iban.IDUP IBAN

  12. Tabi basa ngagai semua kitai iban.Enda ngira ari meh penatai kitai diatu,kitai semua sigi bansa iban.Ba penemu ku,maju udah pengamai ia kitai iban,tang setegal bansa bukai ti memerintah kitai,sida ia nyekat/nagang kitai awaka kitai enda mansang.Bila kitai enda di asuh megai pengawa tauka jawatan besai,bakani kitai ka nunjuk pengering/kemampuan kitai iban?Pia ga,sida ia ngau cara halus nyekat kemajuan kitai iban.Di beri lesen kena muka Pub,lesen kena ngaga arak,lesen berjudi.Enti kitai mikir,bansa apa ti manyuh ngagai PUB?Bansa apa ti manyuh ngirup arak?Mestilah bansa kitai enggau bansa ti bukai.Jaku mudah kira ke semua bansa Bumiputera.Arak cukup murah,Ngembiak Sekula pun mampu tauka ulih meli.Pengujung ia,anak-anak kitai iban enda berminat ka belajar tinggi-tinggi.Taja ukai semua ia pia,tang majoriti kan.Nya meh cara sida ia ka nagang pemansang kitai iban.Ku arap semua kitai iban,mesti ngambi ngau serius kemajuan anak-anak kitai ba skul.Ari pemandai aja ti ulih ngubah nasib kitai IBAN.
    Kabanku semua,
    Anang nyempit ke runding diri enggau politik.Kuatkan diri kitai empu ngau niat ka meda diri kitai empu mansang.Ukai kuatkan diri ngau pengering deka belaya,jaku ti tinggi,tang tekadkan ba ati kitai,kitai mesti nitih arus permodenan dalam semua bidang awaka kitai iban enda di tinggal ke orang.Bila kitai iban manyuh berjaya,maju,secara tidak langsung,bansa kitai pun maju ngau kuat di peda bansa bukai.Semua utai tu,bepun ari rumah kitai.Enti kitai ulih berjaya ngurus anak-anak kitai sampai sida masuk Universiti,bermakna kitai berjaya ngangkat ke bansa kitai iban.
    Aku minta ampun nyema bisi salah penemu dalam topik tu.Sekadar renungan kitai aja.

    1. Amai Nya Unggal. Ku Nyukung Penuh Penemu Nuan. Kumbai Ku aja Bc Runding Bakanya Ngelamatu

  13. Bekeni utai ka dikumbai seati, segempung serta ngemaju ka bansa enti tuai ka udah dipilih lalu majak dipilih nadai tinjau ti meruan dalam ngemansang ka bansa diri. kitai udah mereti ka pengawa sekula pekara ti nyadi senyata. bah nama langgur udah digaga bala tuai (menteri iban dalam perkara tu. sida semina nibar ka jako segaduet sepintu. Ni master plan sida, kemaia sida ngelancar ka nya, berapa modal dah ditagih sida ari perintah menua kena ngulih ka juluk leka jako ti besai empa nya. Berani ka sida tuai iban numbuh ka dana kena mantu nembiak menoa pesisir ke mujur cemerlang lalu sida ti bisi potensi mujur. Lapa nadai bala tuai iban ngaga program anak angkat nyegula ka anak iban enda ngira peturun sida. Enti siko menteri iban tau ka iban ka kaya ulih ngemata ka 5 iko anak iban dalam sekula, berapa iko anak iban deka bulih pelajar fikir meh? Bisi ka tuai iban ka udah dipilih ngaga langgur ngembing anak iban ka pas 5A Upsr , tauka sida ka bulih 3a 2B (pan sida ke bepotensi). ketemu aku sida mina meri perais mina rm dalam lingkungan rm100 aja. lapa enda ngaga program ngintu serta ngemata ka bala nembiak nya. Gumpul serata sarawak engkah sida endur siti ti meruan lalu gaga komiti serta dana ke belanja ngintu sida. Nya baru sida iya ulih nyadi nembiak ti mereti lalau enda tebasau sekula.
    47 taun udah merdeka, berapa serak menteri betukar, ni..ni sekula elit endur ngempuru ka anak dayak, anak iban. Lapa utai tu enda tau digaga pia? Kati ti digaga, utai tu sensiitif ka? Bah sensitif ngemaju ka bansa pia? Rindu agi meda bangsa diri ciap-ciap ngupas jalai ke diri empu. Asai aku pemerat menteri iban ke pelajar bansa, anak iban bedau nyentuk, ayas, enda nyengenda. Sida bejaku ka guna pelajar kena merindang lemai enggau pagi rayat rama bansa iban. Ti amat angkun gaga sekula ngempuru ka anak iban terpilh ka bedau kena pilih ka bisi ba serampul sukut menoa sarawak tu ngambi sida enda puntan di tengah jalai. Maioh pandai nadai orang ngemata…

    1. amai stuju ku ngau pnemu dek unggal linggi..:)

  14. Menua & Asal Kitai | Reply

    amai betul jaku kenang ti ditusi dek nya! Sampai dlm bup ti dekena kitai ba secondary school madah ka British @ James Brooke’s tu semina nipu bala Dayak.. Tapi dlm bup dimnoa ribai ti dtulis siku ari bala ribai ti sama ngu Brooke’s while he’s rule Sarawak maianya… penatai ya dmenoa Sarawak deka nyelamat ka bansa asal Sarawak ti nyadi ke ulun pemerintahan sultan melayu Brunei. Ambih reta & tanah asal org Sarawak diambi sereta bansa asal ditindas pemerintahan kesultanan maianya & sampai ngasut bangsa dayak beperang ngu bansa diri + ngelaban pemerintah Brooke’s… taik mahmud nya suku juru kesultanan brunei meh.. asal turun temurun 1st sultan brunei kelia ukai islam tapi kahwin ngu ak indu sultan ari Johor ti mai ya masuk islam… panjai amai cerita sebenar ya.. & diatu paling penting kitai bansa Dayak, asal anak Sarawak saum ati serakup ngu pangan diri niri & negi ka bansa & menua kitai!!

  15. bk runding aku…ukai ketegal urang bukai,bansa bukai..tang semua tok bepanggai bak bansa kitai empu,eanya bansa iban….minta ampun meh akih,ibuk,ayak,wai,kaban entik sema komen tuk kelalu….maioh dipeda aku,bansa kitai iban enda ulih meda bansa diri empu maju…entik siko2 bulih kereja manah,pandai sekula,jampat endar urang sepiak bejako,laban cemburu,udah nyak legi start meh mantai ke penemu,beguna ke dukun,manang ngau macam2 agik meh…utai tik paling aku sedih meda eanya ari segi peluang tik diberi perintah ngagai bansa kitai,BN seruran nyebut Rakyat didahulukan..tang peda aku bansa iban te nadai ditolong ngau amat…perintah2,nibuh meri kami beras,beras nemu ambis,uji tolong kami ari utai tik kekal…uji peda bansa india,disedia ke kerusi belajar bak matrikulasi,bnsa cina bknyak gak,tang uji peda bansa kitai,bisi ea nulung…jauh wai,puii…buka tv,bisi meda berita iban,cerita iban,program alam jako iban,nadai wai,bakani meh kitai kak mansang….

  16. NiKoKitakLah | Reply

    Udh ambis dibaca aku info blog tu. Ba aku amat ko blogger tu. Kitai success terlalu mayuh sebedau labuh. Diak adalah punca kegagalan laban ego ngau kemenangan tanpa kitai sedari brooke ti kerap gagal sentiasa berusaha ngiga jalai ngalah ke kitai iban. Dah brapa kali cubaan akhirnya brooke berjaya. Tp…anggap kegagalan rentap ke penudi endur kitai ngiga jalai berjaya semula. Sebab…setiap manusia ba dunia ke berjaya sigi kala ngasai kegagalan sebedau berjaya. Tp kisah rentap ya bedau menemui kegagalan sehingga iya sedar iya gagal akhirnya.

  17. Manah amat penemu bala kitanya, sapa meh kitai tu ti mina komen dalam blog tu, sida ka diatas tauka orang besai kitai iban ( sida YB…..YB ) kala nda sda mansa dlm blog tu, pelaba aku manah ti sda bisi, tang jauh pawi…….. ti kita bala pemesai bisi tepansa ke jalai (blog) perati ka meh tu gaya isi ati bala bansa kitai sebaka bala orang isreal dulu menya ka nyadi ulun orang ejip, dini bala kitai iban ka bijak pandai……. apakah kitai semina Numpang aja ( nyadi sapit KM) belama iya sampai mati (Pahai) gaga siti parti khas ka bansa kitai…… anang agi nyadi apai sali urang makai isi kitai ngirup kuah…. angkat ari tinduk 50 lebih tau taun dh merdeka dini bansa kitai di engkah orang, api ai jlai raya mauh agi kebukai bisi ka enda kitai ngasai…. kunci iya ukai mina pelajar aja tang meh peda ba jalai Pengarap (kristen) arap ka TUHAN tu meh Jalai Pemendar, baru bansa deka begulai sejalai dlm Nama TUHAN siko aja ……….. Terima Kasih!!!!

  18. Mohd Farihan | Reply

    Saya bersetuju dgn pandangan admin.. Coba kita renong blit sejarah Rentap dsebabkan kesetiaan & kekuatan pengikutnya Brooke ngambik masa yg lamak 3x serang bruk brjaya.. Dan jelas dlm peperangan tok Brooke brjaya melalui prtolongan org Iban mpun.. Manakala C.M Sarawak 1st pun adalah dsebabkan kemenangan majoriti dari masyarakat Iban.. Coba kita buka perspective lebih besar lagik secara lebih & lebih moden seiring dgn perubahan masa ketua lebih umum smua masyarakat laut, dayak, cina, India bahawa kita boleh memimpin bukan just Sarawak tapi Malaysia sekali.. Para masa tok pun y.b kitai rami masok kabinet ckit lagik ya maok jdi PM.. Andaikata brjaya bukan jk Iban tapi melayu, dayak, cina smuanya akan menyokong.. Just for sharing idea kmk jak tidak brtujuan apa2.. Tq

  19. Aku nyukung nama ti di tusi menyadi kitai di atas.Enti kitai nadai penemu,kitai nyamai ditipu,nyamai di runding,nyamai di atur ka urang.Enti kitai bisi penemu,kitai nemu nama ti betul nama ti salah di gaga urang ba kitai.Peda negara ti udah jauh maju tauka mansang,semua nya tegal penemu sida lebih ari bansa bukai.Nyadi sida mega deka nyadi bansa tauka menua ti dipeda tinggi tauka cuntu ngagai bansa tauka menua bukai.Arap ka kitai bansa ulih nitih ka pemansang bansa dunya bukai,ngambi ka kitai nya ulih bediri sama tinggi duduk sama baruh ngau bansa bukai.Nya aja ari aku minta ampun enti jaku aku tu bisi salah ba kitai.Mupok dulu

Leave a comment