Politik


PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?

tusunterabai, 23 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.

“Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi ‘fixed deposit’ BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

“Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan pentadbiran mereka masing-masing dan dalam banyak perkara negeri Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri yang diperintah BN sendiri.

Ia termasuk soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat seperti yang direkodkan dalam laporan audit negara baru-baru ini.

“Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir?

“Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan,” soalnya lagi.

Mengulas kenyataan Mahathir bahawa “tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan”, Edy berkata bekas perdana menteri itu seolah-olah sedang bercakap di depan cermin.

Ini kerana, apa yang disebut itu adalah apa yang sedang dibuat oleh Umno BN ketika ini.

“Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.

Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

“SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: