Gempung berita Iban


SIBU: Francissca Tida Jeffry dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) 2012 pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak SDNU 2012 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.
Naib johan disandang oleh Maryline Enol manakala tempat ketiga dimenangi oleh Daphne Mirra Thomas.
Bagi pertandingan Keling pula, Jeff Westly Nanong dinobatkan sebagai Keling Gawai Dayak SDNU 2012.
Naib johan disandang oleh Jeffry Tinggom sementara Zachary Enjat Daniel di tempat ketiga.
Johan Kumang Gawai Dayak SDNU 2012 membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala iringan, selempang, mahkota dan hamper sementara naib johan menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala iringan, selempang dan hamper.
Tempat ketiga memenangi hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala, selempang dan hamper manakala tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing menerima RM500 sebagai hadiah sagu hati.
Kategori Keling Gawai Dayak SDNU 2012 menerima hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala iringan dan hamper sementara naib johan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala iringan dan hamper.
Tempat ketiga pula memenangi hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan hamper manakala tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing menerima RM500 sebagai hadiah sagu hati.
Hadiah-hadiah pertandingan itu disampaikan oleh ‘Tuai Pengabang’ majlis tersebut iaitu Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isterinya, Dato Sri Empiang Jabu.
– UB, 28 Mei

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: