Anang nunda ati ka pedis. Ingatka utai ka dudi ila.


Rakyat Sarawak waspada ‘kail berduri’

ANAK SELUANG Kulim, Kedah.

UMPAN jinak di air tenang, kail berduri bersalut umpan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Dua ayat seloka orang-orang Melayu jelas mengingatkan kita agar apabila melakukan sesuatu, mestilah berfikiran bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

Kepada saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah termakan pujuk rayu puak-puak yang menaburkan gula dan madu kepada anda. Kami di Kedah sudah terkena. Kami telah termakan kail berduri bersalut umpan.

Kami tidak mampu lagi untuk melepaskan diri. Kami tertipu dengan janji ‘kalih’ yang dilagukan oleh puak-puak Pakatan Rakyat sewaktu pilihan raya 2008 dahulu.

Tidak ada satu pun janji yang ditaburkan oleh puak ini kepada kami ditunaikan. Alih-alih, air yang sangat penting bagi umat manusia dinaikkan tarif sebanyak 20 peratus.

Kerja kosong untuk anak-anak muda yang baharu lepas belajar juga tidak ada. Banyak kilang tutup kerana berhijrah ke negara lain, tetapi pemimpin PAS masih mengatakan banyak kilang datang melabur di Kedah, terutamanya di Kulim.

Memang kami rasa agak marah kepada kerajaan terdahulu, tetapi kami langsung tidak terfikir kerajaan baharu ini lebih teruk.

Kerajaan baharu menjanjikan bulan dan matahari kepada kami. Memang benar begitu. Waktu malam lampu jalan tidak dipasang, hanya mengharapkan cahaya bulan untuk menerangi jalan raya pada waktu malam.

Sampah sarap juga tidak dikutip dan taman-taman perumahan dipenuhi sampah. Kerajaan PAS mengatakan pendapatan kerajaan negeri meningkat, tetapi ke mana wang tersebut dibelanjakan?

Baru beberapa hari menjadi kerajaan, yang mereka pentingkan ialah menukar kereta resmi Exco kerajaan negeri. Mereka tidak selesa naik Proton Perdana, mereka lebih gemar naik Toyota Camry 2.4L 24V. Hebatkan?

Oleh itu wahai saudara-saudaraku di Sarawak Bumi Kenyalang, janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Tidak ada gunanya sesalan, kalau nasi sudah menjadi bubur.

One response

  1. Letung Ak Lilih | Reply

    Kami ukai enda nemu, BN cukup bula, nadai guna kitai beconto ke Negeri Kedah, Kedah lebih maju enti di banding ke enggau Sarawak. Sarawak amioh penatai pemisi, tang jalai raya ke menoa pesisir enda ulih gaga. Tanah abis dirampas, rakyat miskin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: