Faktor calon penting di N34 Krian


Ali Biju calon PKR menyerlah dalam pilihan raya

Posted on April 12, 2011, Tuesday

SARATOK: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi N34 Krian, Ali Biju merupakan salah seorang calon yang paling menyerlah dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 ini.

Semasa hari penamaan calon lebih 3,000 penyokong parti telah mengiringi beliau berarak sekitar pekan Saratok selepas beliau diisytiharkan sebagai calon PKR di DUN tersebut .

Ramai kalangan masyarakat setempat menyatakan bahawa inilah pertama kali sebuah parti pembangkang mampu mengadakan perarakan sebesar itu di bandar tersebut jauh berkali ganda mengatasi BN.

Yang lebih menakjubkan ialah kemampuan jentera PKR setempat meletakkan lima ‘billboard’ besar (bersaiz 15’ X 25’) di lokasi strategik di pekan Saratok dan kawasan sekitar.

Sementara itu Ali berkata beliau yakin akan merampas DUN tersebut daripada penyandangnya Datuk Peter Nyarok Entrie yang telah lima kali bertanding di kawasan tersebut.

Dengan mengguna slogan ‘Aram Berubah Kitai Rakyat Sarawak’ (Berubahlah Kita Rakyat Sarawak) ‘Angkat Semua…Tan Ka Reta Pesaka Kitai’ (Bangkitlah…Kita Pertahankan Tanah Kita) beliau yakin masyarakat Iban yang menetap di lebih 240 rumah panjang dalam DUN Krian akan mengundi beliau pada 16 April ini.

Beliau turut dibantu oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Dr Xavier berkata setelah beberapa hari berkempen di beberapa rumah panjang beliau mendapati kaum Iban mahukan perubahan dan akan mengundi calon PKR kali ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: