Ada cahaya di hujung terowong?


Kunjungan PM ke Saratok janjikan pembangunan

2011/04/12

SARATOK (Sri Aman): Bagaikan tidak percaya! Itu yang bermain di fikiran sebahagian kira-kira 3,000 penduduk bandar kecil ini ketika menyaksikan kehadiran buat pertama kalinya Datuk Seri Najib Razak, yang melakukan tinjauan mesra, di sini, pagi semalam.

Helikopter, yang membawa Najib dari Kuching, mendarat di padang daerah Saratok, pada jam 9.30 pagi dan disambut Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Peter Nyarok Entrie, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Krian dan Abdullah Wahab Aziz, calon BN bagi DUN Kalaka pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Perdana Menteri yang kelihatan ceria, mengambil kesempatan bersalaman dan bermesra dengan penduduk tempatan sambil bertanyakan khabar masyarakat yang majoritinya tinggal di kawasan kampung tradisional serta rumah panjang.

Beliau turut dilihat sempat berhenti di perhentian bas dan singgah di kedai makan di tengah bandar ini bagi beramah mesra dengan penduduk. Kawasan Saratok mempunyai kira-kira penduduk 40,000 penduduk, kebanyakannya penanam padi dan pekebun kecil kelapa sawit.

Najib yang berucap selama lima minit kepada kira-kira 1,000 hadirin di sebuah taman rekreasi di tengah pekan Saratok, memberi jaminan masa depan penduduk di kawasan itu akan terjamin di bawah kerajaan BN yang sudah berjasa lebih 50 tahun kepada negara ini.

Pada majlis itu juga, Najib mengumumkan kerajaan sudah meluluskan pembinaan jalan baru menghubungkan jalan utama ke Ulu Awit serta Loji Air Sungai Krian yang dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-10.

Kemudian, Najib meneruskan kunjungan ke Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan Beting Maro di Kampung Beladin, tidak jauh dari sini.
Di KUCHING, sebelum itu Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di Pasar Komuniti Stutong di Tabuan Jaya termasuk melengkapkan kemudahan kamera litar tertutup serta jaringan internet WiFi, yang menggembirakan kira-kira 550 pemilik gerai.

Peniaga di situ bangun awal pagi dan menuju ke pasar, tempat mereka mencari rezeki, meskipun bahagian pasar basah di situ ditutup untuk pembersihan semalam.

 

2 responses

  1. actually i still believed in BN’s capability to deliver development in the Krian, but the question is the capability of BN candidate due too this is his fifth time stand in that DUN, but the developments are not much different compared to the previous 15 years

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: