Mengapa hanya sekarang?


Mengapa hanya sekarang baru Perdana Menteri mengumumkan peruntukan untuk projek jalan Ulu Awik dan Ulu Krian.  Adakah baru sekarang kerajaan tahu bahawa rakyat di situ dahagakan jalan raya yang baik?  Persoalannya, ini bukanlah lawatan pertama beliau ke Saratok.  Alangkah eloknya kalau pilihan raya diadakan sekali setahun, sudah tentu penantian lebih daripada 25 tahun rakyat Ulu Krian untuk menikmati kemudahan jalan raya bertar.

  1. SCORE….lagi, lagi SCORE, adakah rakyat Ulu Krian akan kian terabai, sebab selepas ini pembangunan mungkin hanya tertumpu di wilayah SCORE.
  2. Dengan keadaan jalan raya yang begitu teruk (jika dibandingkan dengan keadaan jalan raya di Semenanjung), ketiadaan bekalan elektrik serta bekalan air bersih, ditambah lagi dengan kenaikan harga barang (kos pembangunan tentu naik) saya bimbang rakyat di Saratok, terutamanya di kampung halaman saya di Ulu Krian akan terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk menikmati kemudahan jalan raya yang elok dan bekalan elektrik.
  3. Sesungguhnya penantian ini sudah terlalu lama.  Bayangkanlah jalan raya Ulu Krian siap dibina semasa saya di Tingkatan 3 dan kini anak pun sudah 4 orang, tetapi keadaan jalan raya itu tetap  begitu juga.
  4. Bertahun-tahun lamanya, setiap kali keluar ke pekan Saratok kami hanya melihat talian elektrik dari empangan Batang Ai melintasi simpang Ulu Krian.  Mengapa kami yang lebih dekat dengan Lubuk Antu, hanya melihat talian elektrik tersebut….tetapi tidak pernah merasai bagaimana rasanya ada bekalan elektrik?
  5. Setiap kali balik ke kampung, lebih separuh daripada perbelanjaan adalah dibelanjakan untuk membeli minyak petrol untuk generator sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: