Harapan baru rakyat Sarawak.


 

Manifesto BN di PRU Sarawak ke-10 dan Harapan Rakyat


  1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak (Bukannya untuk ahli-ahli politik dan kroni-kroni mereka sahaja)
  2. Memelihara alam sekitar (mengurangkan aktiviti pembalakan?), budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.
  3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua (Supaya kira-kira 3000 ribu anak muda kaum Iban yang merantau ke Johor dan seluruh Semenanjung serta yang berada di luar negara kembali dan bekerja di SCORE?)
  4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua (Selepas ini akan ada kedai runcit dan restoran milik orang Iban di Pasar Saratok?)
  5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita (YB Krian perlu mendesak kerajaan supaya menubuhkan Yayasan Pendidikan Ulu Krian, kerana ramai anak-anak Ulu Krian yang tercicir dalam pelajaran kerana masalah kemiskinan keluarga)
  6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara. (Selepas ini tidak ada ukur keliling lagi, mereka terus ukur dan bagi land title kepada pemilik tanah?)
  7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik (Terima kasih, tetapi bagaimana caranya? Sebab kalau mengharapkan perkongsian tak pintar dengan syarikat-syarikat perladangan, termasuk SALCRA atau FERCRA mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik tidak akan terbela, malah makin susah sebab berkuli di tanah sendiri dengan gaji RM8.00 sehari, tetapi syarikat-syarikat perladangan untung berjuta-juta, rakyat yang kononnya mahu dibantu masih hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang)
  8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan. (Baik, tetapi jangan tunggu lama-lama, rakyat dah nak muntah menunggu terlalu lama)
  9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia. (Mudah-mudahan seluruh rakyat Sarawak juga turut menikmati kemakmuran negeri terkaya ini, janganlah nanti hanya para YB dan keluarga mereka sahaja yang kaya raya, rakyat biasa kayap)

Apabila melihat manifesto ini, seolah-olah ada cahaya lampu di hujung terowong.  Akan adakah cahaya itu?

 

One response

  1. harapan aja…ukai amat…..age meh cm taib…..nyau setaun dah….Jabu alu numpang aja meh….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: