Pilihanraya untuk siapa dan untuk apa?


  1. Untuk memilih parti politik yang berkuasa, kuasa digunakan untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, keluarga dan kroni-kroni, Parti didahulukan, Rakyat dikemudiankan.
  2. Untuk memilih wakil parti politik, sebab parti politik tidak akan mendengar suara hati rakyat yang inginkan wakil  lama yang telah berpenggal-penggal tetapi tidak progersif serta lembab dalam membawa perubahan dan pembangunan ditukar. Sepatutnta YB bukan membawa pembangunan daripada segi prasarana dan kemudahan asas sahaja tetapi juga pencetus perubahan minda dan anjakan paradigma bagi rakyat yang diwakilinya.  Di sesetengah DUN rakyat tidak nampak hal ini berlaku. Selain itu setelah menang calon-calonnya patuh kepada arahan dan dasar partinya, suara rakyat yang diwakilinya dikebelakangkan.  Biar rakyat menderita, asalkan dirinya masih dipilih menjadi calon pada pilihanraya yang akan datang
  3. Untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan wakil rakyat dan keluarga mereka, sebab mereka ini senang nak dapat tender, lesen kayu balak, lesen kaut pasir dan batu ‘kerangan’ dan projek papan tanda rumah panjang.  Taraf hidup rakyat belakang kira….
  4. Untuk memilih menteri yang mewakili parti politik, bukannya menteri yang mewakili rakyat, sebab semua presiden parti politik yang menang, walaupun sudah tua bangka dan sering kali cakap tak serupa bikin dilantik juga menjadi menteri.  Apabila menjadi menteri, mereka hanya menjaga kawasan masing-masing.  Projek-projek dilimpah-ruahkan di kawasannya sahaja, kawasan lain dibiarkan mundur dengan jalan raya yang daif dan tanpa bekalan elektrik
  5. Untuk makan-makan dan minum-minum percuma dan sesekali konsert percuma, sebab pada musim pilihanraya senang dapat makan free.  Pergi ke rumah panjang bawa anak ayam, beri RM2000 untuk makan minum, bawa penyanyi.  Rakyat rumah panjang suka dan lupa untuk bertanya dengan YB, bila talian elektrik nak datang? Bila jalan raya kami nak diturap? Tak teringin ke YB nak tubuhkan fund untuk membantu para pelajar di kawasan ini?
  6. Untuk mengugut rakyat, sebab calon parti yang berkuasa kalah, semua projek pembangunan dipindahkan ke kawasan lain.
  7. Untuk menipu rakyat, sebab janji pilihan raya yang lepas pun masih belum ditunaikan.  Turap jalan raya tahun 80-an itu 1KM sahaja, selebihnya digunakan untuk mengumpan rakyat dalam pilihan raya yang akan datang. Dirikan tiang api elektrik tu sahaja, biarkan berkarat, talian dan meter elektrik pula sebagai umpan pilihan raya 2016 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: