Rentap


Bahagian Pertama

RENTAP PAHLAWAN IBAN SEJATI: SUATU TINJAUAN

Lumbung Rentap; Bukit Sibau

Kajian ini membincangkan kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19. Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang paling banyak diberikan perhatian, pujian dan sanjungan. Daripada seorang pahlawan yang dahulunya digelar pemberontak oleh penjajah kini Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang dipandang sebagai pejuang kebebasan yang berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman penjajah. Kajian ini cuba untuk merungkai apakah kelebihan dan keistimewaan pahlawan Rentap itu sehinggakan beliau begitu diagung-agungkan bukan sahaja oleh orang Iban, tetapi oleh juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya, walau pun bukan semua.

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kita sering beranggapan bahawa cara yang paling baik untuk mempelajari dan mengkaji kesusasteraan ialah dengan membaca sesebuah teks atau manuskrip. Namun demikian, bagi orang Iban persoalannya, di manakah teks atau manuskrip sastera yang pernah mereka hasilkan? Jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di seluruh Nusantara, terutamanya orang Melayu, tradisi tulisan bagi orang Iban lahir begitu jauh terkemudian daripada tradisi lisan.

Ketika kesusasteraan Melayu di negeri Sarawak mula tumbuh dengan terbitnya Hikayat Nikosa yang ditulis oleh Ahmad Shahwal Abdul Hamid dalam tahun 1876, kesusasteraan tulisan Iban masih lagi belum menampakkan wajahnya (Hamzah Hamdani, 1988: vii-viii). Regim Brooke yang datang kemudiannya begitu lambat membawa pendidikan kepada orang Iban, oleh itu mereka begitu lambat celik huruf. Bahan bercetak yang ada pada ketika itu hanyalah berupa dokumen-dokumen pemerintah Brooke.

Namun demikian ini bukan bermakna bahawa orang Iban tidak mempunyai sebarang hasil kesusasteraan. Sebenarnya orang Iban begitu kaya dengan tradisi dan sastera lisan yang boleh dikatakan telah wujud seusia dengan bangsa itu sendiri. Sebelum mengenal sebarang bentuk tulisan, orang Iban sebenarnya mempunyai bentuk tulisan yang dipanggil papan turai. Papan turai ini digunakan oleh lemambang atau tukang sabak sebagai panduan untuk menentukan urutan cerita dan menoa (wilayah) yang akan disebutkan dalam persembahan mereka (Erik Jensen 1968: 29).

Namun demikian papan turai bukanlah tulisan dalam erti kata yang sebenarnya, papan tersebut adalah tidak Iebih daripada hanya kepingan papan yang diukir dengan simbol-simbol untuk mengingati ungkapan atau perenggan-perengan tertentu dalam pengap atau sabak (death dirge). Simbol-simbol pada papan turai hanya difahami oleh pembuatnya sahaja, oleh itu penggunaannya tidak meluas seperti kertas.

Namun demikian, sesuatu yang lebih penting daripada papan turai-papan turai, ialah cerita lisan yang telah disampaikan dari mulut ke mulut, daripada satu generasi kepada satu generasi. Oleh itu tradisi ini tetap terpelihara dan kekal sebagai khazanah warisan Iban yang tinggi nilainya. Oleh itu, untuk mengkaji sastera rakyat Iban, kita tidak semestinya bergantung kepada teks-teks atau manuskrip klasik seperti yang dimiliki oleh orang Melayu, tetapi boleh juga berdasarkan sastera lisan mereka, misalnya cerita legenda pahlawan Rentap yang telah diwarisi oleh orang Iban sejak turun-temurun.

Kajian ini adalah berkisar kepada cerita Panglima Rentap, pahlawan legenda Iban yang terkenal dengan keberaniannya menentang penjajah di Sarawak, terutamanya di Bahagian Kedua (Skrang-Kalaka-Saribas). Walapun Rentap telah meninggalkan kita lebih daripada satu abad lamanya, namun legendanya terus hidup di tengah-tengah masyarakat hingga kini.

Kajian ini cuba menilai dan meletakkan perjuangan Rentap pada kedudukan yang sewajarnya berdasarkan cerita-cerita lisan. Selama ini kita hanya melihat dan menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan regim Brooke dan kolonial British kerana kekurangan sumber-sumber daripada pihak tempatan, terutamanya daripada orang Iban sendiri. Hal Ini menyebabkan perjuangan Rentap sering dilihat sebagai hanya didorong oleh faktor yang tidak rasional, iaitu keinginan Rentap untuk mempertahankan budaya Iban yang jelek, iaitu headhunting (piracy) semata-mata.

Berdasarkan cerita-cerita lisan yang telah dipeturunkan kepada orang Iban, di samping dengan tidak mengabaikan catatan-catatan penjajah dan juga pandangan beberapa pihak tempatan sendiri, diharapkan dapatlah kita melihat dan menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan kita sendiri. Akhirnya nanti dapatlah kita membuat kesimpulan di manakah kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19.

Kerja-kerja dalaman atau kepustakaan dalam kajian melibatkan pencarian bahan dan aklumat daripada buku, tesis, latihan ilmiah dan jurnal di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PSTL) UKM terutamanya di bahagian Koleksi Asia Tenggara, Bilik Sumber Jabatan Persuratan Melayu UKM, Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) di UKM, Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kajian lepas

Cerita jerita tuai atau bahan-bahan yang terkandung dalam tradisi lisan Iban sejak dahulu lagi telah menarik perhatian para penulis Barat dan juga penulis tempatan. Seawal tahun 1 870-an, dengan terbitnya makalah Sarawak Gazette banyak artikel tentang sejarah, agama, kepercayaan dan sastera rakyat Iban, termasuk mitos dan Iegenda telah ditulis oleh para penulis Barat seperti Anthony Richard, William Howell, C.A. Bamfylde, D.S.J. Bailey, Father Dunn. E.H. Gomes dan Florence E. Het.

Kisah-kisah penentangan rakyat Sarawak, termasuk Rentap juga banyak dipaparkan oleh penulis-penulis Barat, terutamanya mereka yang juga merupakan pembantu dan pentadbir-pentadbir di bawah regim Brooke seperti Spenser St. John, A.B Ward (The Rajah Servant), Hugh Low dan Steven Runcimen. Charles Brooke sendiri, dalam jurnalnya Ten Years in Sarawak juga banyak memaparkan kisah-kisah dan pengalamannya untuk menghapuskan penentangan Rentap di Sarawak (1 853-1861).

Sarawak Museum Journal (SMJ) yang mula diterbitkan pada tahun 1911 juga telah memuatkan banyak .artikel tentang orang Iban yang ditulis oleh Tom Harrisson3, Anthony Richards, J. Derek Freeman, Erik Jensen dan A.B. Ward. Selain itu H. Munro dan Nora Kershaw Chadwick (1968), dalam buku bersiri mereka The Growth ofLiterature: The Oral Literature ofThe lban or Sea Dyak of Borneo telah membuat kajian tentang jenis dan bentuk sastera rakyat Iban.

Benedict Sandin, ethnologis Iban yang pertama pernah memegang jawatan kurator Muzium Sarawak (1966-1974) merupakan penulis yang begitu komited dan produktif. Beliau telah menghabiska sebahagian daripada hayatnya dengan menyelidik, mengumpul dan menulis cerita atau bahan-bahan yang terkandung dalam tradisi lisan bangsanya. Sejak tahun 1950-an hingga kematiannya pada 1982 tidak kurang daripada 10 buah buku tulisannya tentang sastera lisan Iban telah diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau. Sementara itu tidak kurang daripada 20 buah artikelnya tentang adat resam kebudayaan dan cerita-cerita Iban juga telah diterbitkan dalam Sarawak Museum Jurnal. Pada tahun 1960-an Benedict Sandin dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan majalah bersiri Iban Nendak dan Pemberita yang banyak memuatkan ensera dan jerita tuai Iban.

DaIam bukunya The Sea Dayak of Borneo Before The White Rafah Rule (1967: 112), Benedict Sandin telah menceritakan dengan panjang lebar tentang salasilah dan kisah pahlawan Rentap (Clífford Sather, dalam Benedict Sandin 1 994 :23 1). Dalam monograf istimewanya Sources of lban Traditional History yang diterbitkan oleh Muzium Sarawak dengan kerjasama Clifford A. Sather dalam tahun 1994, Sandin juga turut memuatkan sejarah ringkas perjuangan Rentap. Kisah-kisah tentang Rentap secara terperinci juga turut dimuatkannya dalam dua buah bukunya; Sengalang Burong (1962) (yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Peturun Iban (1967).

A.M. Cooper (1968), penulis zaman kolonial dalam bukunya Men Of Sarawak telah menulis tentang perjuangan Rentap. Buku inilah yang menjadi panduan asas kepada Chang Fat Foh apabila menulis tentang Rentap dalam dua buah bukunya Hero and Legends ofThe Land of Hornbill (1997) dan Legends and History ofsarawak (1999).

Dengan tertubuhnya Borneo Literature Bureau dalam tahun 1963 tidak kurang daripada 30 buah buku tentang cerita rakyat Iban (ensera dan jerita tuai) telah diterbitkan, koleksi buku-buku ini kini boleh banyak terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara penulis-penulis Iban yang menulis buku-buku berkenan ialah Benedict Sandin (kebanyakannya buku tentang jerita tuai dan ritual Iban), Henry Gerijih (ensera) Andria Ijau, Harry Anding, Unggat Kedu, Dunstant Entinggi, Felix Ambon, Janang Ensiring dan Y.B. Jimmy Donald yang telah menulis ensera Keling dalam Bahasa Inggeris; Keling of The Raised World (1991).

Namun demikian, sehingga kini belum ada lagi sebuah buku khas tentang perjuangan Rentap yang ditulis oleh penulis Iban, yang ada hanyalah cerita Ijau Lang, pahlawan Iban Balau dari Banting yang memihak kepada Brooke menentang orang Iban di Skrang dan Saribas, termasuk Rentap.

Jamilah Haji Ahmad dan Johnathan Singki (1989) pula telah mengumpul sebanyak 1 5 buah cerita rakyat Iban yang dirakamkan oleh mereka di daerah Ulu Balingan di Sarawak. Manakala Zaini Ozea (1988), dalam eseinya Analisis Isi Cerita Rakyat di Sarawak telah menulis tentang jenis-jenis cerita rakyat Sarawak, termasuk orang Iban, namun demikian beliau tidak ada menyentuh tentang cerita legenda kepahlawanan Iban.

Awang Hasmadi Awang Mois (1 988), pula dalam eseinya Satu Renungan Terhadap Beberapa Cerita Lisan Masyarakat telah mengemukakan líma contoh cerita rakyat Sarawak, termasuk cerita rakyat Iban, tetapi beliau seperti juga Zaini Ozea tidak ada menyebut cerita legenda.

Latifah Haji Sheblí (1974) dan James P. Ongkili (1983) dalam jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak pula mengajak kita mengemukakan satu pandangan baru terhadap Rentap, Sherip Masahor dan James Brooke.

Robert Pringle (1974) dalam bukunya Rajah and Rebels: The Iban ofsarawak Under Brooke Rule 1841-1941 telah membuat suatu analisis tentang susur-galur penentangan dan kebangkitan pahlawan-pahlawan Iban terhadap pemerintahan Brooke, terutamanya Rentap. Abdullah Zakaria (1995), dalam tulisannya Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia juga telah membicarakan dengan agak mendalam tentang perjuaagan Rentap.

Amer Haji Matsom dalam dua buah bukunya; Detik-detik Bersejarah; Perjuangan Rakyat Sarawak (1997) dan Rentap Pahlawan Iban (1999) telah memaparkan kisah-kisah Rentap dalam bentuk buku fiksyen kanak-kanak. Cerita- cerita Rentap juga telah dìfiksyenkan oleh Nir Shahmir (2000) dalam bukunya Rentap:

Dia Pembela Bangsa. Nik Anuar Nik Mahmud pula dalam buku susunannya Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka? (1999) telah menyentuh serba sedikit tentang kebangkitan rakyat Sarawak menentang penjajah, termasuk kebangkitan Rentap.

Selain telah dibukukan, pada tahun 1997 kisah perjuangan Panglìma Rentap di Bukit Sadok juga telah digarap dalam bentuk teater oleh pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia yang telah dipersembahkan kepada para pelancong dan orang ramai di Kampung Budaya Sarawak di Kuching.

10 responses

  1. Rindu bejalai matau menua kita kitu. Terima kasih laban agi nan ka pengingat lama kitai iban.

  2. dayak thinker | Reply

    Thanks a lot for sharing this. I hope you have promoted this in facebook.

  3. I love this blog, full of information!!..

    Do visit my blog too yah, http://melodyofborneo.blog.com/ :)

  4. i have to make a presentation about rentap in my class…..well good luck for me..=)

  5. this is too long!!!!

  6. anak sarawak | Reply

    ma ndai filem tentang rentap…….smua filem gaga kitai iban gila2

  7. Tiada bahan bertulis yang tepat mengenai sejarah Rentap,Sejarah hidup beliau banyak diceritakan dari mulut ke mulut . Perkara ini tidak memustahilkan berlakunya tokok tambah dan penyelewengan. Saya tidak menafikan bahawa beliau adalah seorang yang terkenal.Tetapi adakah benar beliau menentang penjajah yang menjajah atau beliau menentang orang yang cuba membawa ketemadunan kepada sarawak dan menghapuskan kannibalisme.

    Lucu. kita disuruh mempercayai sejarah yang ditulis berpandukan cerita lisan.Dan lebih lucu lagi kerajaan Sarawak mengangkat kedua-duanya: James Brooke dan Rentap adalah dua tokoh yang harus disanjungi oleh orang sarawak, sedangkan kedua-duanya adalah bermusuhan. Dalam konteks ini siapa dia hero dan siapa pula menjadi penyangak…. aduhai cerita lucu yang memeningkan kepala.

    1. cuba bandingkan keadaan Rentap dengan pejuang yang lain….yang tidak memeningkan.

  8. Senang ceritalah…cuba bandingkan Rentap dengan Hang Tuah……apa cerita?Kelam kabut…..

  9. nota ini panjang sangat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 41 other followers

%d bloggers like this: